Friday, July 19, 2013

Husam akui BN tetap perintah Terengganu walaupun PAS menang PRK Kuala Besut..


Sebelum ini ada satu analisa yang mengatakan jika PAS menang sekalipun dan menjadikan jumlah ADUN 16 BN 16 PR, Mat Said akan kekal sebagai MB Terengganu.

Ini disebabkan oleh jika berlaku 16 BN 16 PR, yang mempunyai kuasa tentukan menteri besar adalah sultan. Sultan boleh melantik (menteri besar) yang difikirkan sesuai, berdasarkan pandangan baginda dan sokongan majoriti rakyat.

Kedua-dua parti (BN dan PR) boleh mencalonkan wakil masing-masing untuk jawatan menteri besar, tetapi keputusan bergantung kepada budi bicara sultan.

Bagaimanapun, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood , sultan akan mendapatkan nasihat dan pandangan perdana menteri dan pemimpin-pemimpin politik di Terengganu.

Bila Sultan akan mendapatkan pandangan Perdana Menteri... sudah tentulah Mat Said akan kekal jadi MB.. analisa penuh sila baca di ( SINI )

Kali ini Husam pula mengakui PAS tidak akan berupaya membentuk kerajaan di Terengganu walaupun mempunyai jumlah kerusi yang sama banyak dengan Barisan Nasional (BN) di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN)..

BN Tetap Perintah Terengganu - Husam 

BESUT: PAS mengakui parti itu tidak akan berupaya membentuk kerajaan di Terengganu walaupun mempunyai jumlah kerusi yang sama banyak dengan Barisan Nasional (BN) di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN). 

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, sasaran parti itu untuk mewujudkan 'DUN tergantung' 16:16 tidak akan menggugat penguasaan BN di negeri ini. 

"Barisan Nasional tidak perlu bimbang, mereka tetap akan kekal berkuasa (di Terengganu)," katanya pada sidang media di markas parti itu di Kampung Baharu di sini, Khamis. 

Pada pilihan raya kecil DUN Kuala Besut, PAS meletakkan matlamat untuk mewujudkan situasi 'DUN tergantung' 16:16 iaitu BN dan pakatan pembangkang mempunyai bilangan kerusi sama banyak di DUN. 

DUN Terengganu mempunyai 32 kerusi yang menyaksikan BN menguasai 17 kerusi manakala pakatan pembangkang memiliki 15 kerusi (PAS 14, PKR satu) selepas PRU-13 lalu. 

Menurut Husam, sasaran PAS menerusi moto '16:16 Terengganu Baru' bertujuan memastikan rakyat di negeri ini mendapat lebih manfaat daripada kerajaan menerusi sistem politik baru. 

"Apabila berlakunya jumlah kerusi sama banyak dalam DUN, kerajaan negeri tidak boleh membuat keputusan sesuka hati. 

"BN perlu duduk berbincang bersama-sama PAS sebelum meluluskan sesuatu dalam DUN," katanya. 

Selain itu Husam yang juga Pengarah Pilihan PAS bagi pilihan raya kecil DUN Kuala Besut berkata, parti itu juga menyediakan pelan komprehensif jangka panjang meliputi aspek ekonomi dan pembangunan sosial di Terengganu. 

"Rasuah dan politik wang yang hanya memberi manfaat kepada segelintir pihak akan berakhir. 

"Rakyat akan diberi pembelaan yang sewajarnya...jadi undilah calon PAS iaitu Che Long (Endut @ Azlan Yusof)," katanya. 

Sementara itu, mengulas mengenai isu pemberian tanah kepada empat pemimpin BN termasuk Datuk Seri Idris Jusoh, Husam memuji sikap Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said yang terbuka mengenai isu itu. 

"Kami hormati kejujuran Ahmad. Penganugerahan tanah itu memang betul dari segi undang-undang tapi salah dari segi moral. 

"Bagus bagi Ahmad untuk respon isu ini dengan cepat, tapi kita lihat Idris masih membisu," katanya ~ mStar

Tapi.. Kerajaan Perpaduang kan boleh diwujudkan??

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails