Sunday, July 7, 2013

Guru wajar sokong BN pada PRK Kuala Besut?.. Jawapan dari NUTP buat Idris Jusoh


Bagi melahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan yang banyak memperjuangkan kebajikan mereka, golongan guru disaran supaya memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri Kuala Besut.

"Tidak ada sebab guru membiarkan kerajaan bersendirian dan kini sampai masanya mereka membantu kerajaan untuk memastikan BN mengekalkan kerusi di Kuala Besut sebagai ucapan terima kasih mereka kepada kerajaan,"

Itu adalah kata-kata Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh kepada pemberita semasa beramah mesra dengan penduduk Kampung Kemunting dekat Kuala Besut semalam.

Kata-katanya itu adalah ayat yang biasa digunakan oleh macai-macai UMNO dalam kempen pilihanraya mereka tanpa mereka sedari bahawa wang yang digunakan untuk membayar gaji kakitangan kerajaan itu datangnya dari cukai yang dibayar oleh rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik..(Ada orang kata Ahli UMNO dikecualikan dari cukai.. betul ke?)

Bagi mereka oleh kerana Barisan Nasional adalah Kerajaan maka seluruh Kakitangan Kerajaan wajib mengundi Barisan Nasional..

Ini adalah respon Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP)

Guru-guru tidak seharusnya “diintimidasi atau diperas ugut" untuk mengundi mana-mana parti politik kata Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mengingatkan parti-parti politik.

“Guru-guru boleh mengundi sesiapa yang mereka mahu. Saya tidak akan menuntut atau memaksa guru-guru untuk mengundi Barisan Nasional,” kata Hashim hari ini.

Beliau menambah: “Jika mereka gembira dengan apa yang diterima dan jika mahu mereka (BN) terus berkhidmat kerana telah melaksanakan tanggungjawab dengan baik, mereka boleh mengundi BN.

“Semuanya terpulang kepada mereka. Mereka tidak seharusnya diintimidasi atau diperas ugut.”

Hashim mengatakan kerajaan tidak seharusnya mengambil mudah terhadap guru-guru.

“Apabila anda terlalu lama berkuasa, adalah normal untuk membuat gesaan seperti itu... sudah menjadi kebiasaan orang dijawatan seperti itu akan lakukan,” tambah beliau, akan tetapi memberi amaran kedua-dua pihak agar tidak membuli guru-guru untuk mengundi mereka. ~ The Malaysin Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails