Thursday, July 11, 2013

Calon PAS, Che Long janji tak akan ambil elaun wakil rakyat jika menang?


Menjelang saja masa untuk berkempen dalam Pilihanraya maka berbagai-bagai jenis janji yang akan dihamburkan kepada kita rakyat jelata.

Tujuannya ialah untuk memikat hati kita, ada janji yang dijanjikan setelah segala yang berkaitan dengannya diambil kira..

Ada janji yang ditabur begitu saja tanpa memikirkan risiko atau implikasi yang akan diterima jika ianya dilaksanakan..

Contohnya dalam pilihanraya-pilihanraya yang telah berlalu, ada calon yang berjanji "Saya akan berpindah kekawasan ini jika saya menang, supaya rakyat lebih mudah untuk bertemu dengan saya.."

Tapi bila dah menang.. hampeh, bila ditanya kenapa tak pindah ke sini?.. jawabnya "Kesian kat isteri saya.. dia dah biasa dengan suasana di sebelah Pulau tu, susah jugak dia nak terima suasana di sini.."

Lagi satu contoh.. "Meskipun keluarga saya tinggal di Kuala Lumpur, saya berjanji itu bukanlah satu halangan bagi saya untuk meluangkan lebih masa buat rakyat yang memilih saya sebagai wakil Rakyat.. saya akan korbankan waktu untuk keluarga saya demi rakyat..."

Bila dah menang, banyak rungutan diterima dari pengundi mengatakan YB mereka susah nak penuhi jemputan, maka AJK Cabang terpaksalah bertanya.. "Kenapa kurang waktu yang diluangkan buat rakyat?".

Jawapannya ialah.. "Saya ada keluarga di KL, setiap Sabtu dan Ahad saya perlu pulang kepangkuan keluarga saya di KL.. Saya tak boleh nak 24 jam bersama rakyat.."

Ada juga yang berjanji "Saya akan buka sebuah klinik di kawasan bandar ini bagi membantu yang kurang mampu.. Saya juga akan sediakan sekurang-kurangnya dua buah Pusat Khidmat disini jika saya menang.."

Bila dah menang... janji tinggal janji...

Itu adalah sebahagian janji.. janji yang dibuat hanya untuk menyakinkan rakyat..

Bagi PRK Kuala Besut ini pula Calon PAS bagi PRK Kuala Besut, Azlan Yusof atau Che Long berjanji beliau tidak akan mengambil elaun wakil rakyat jika beliau dipilih oleh rakyat menjadi Adun.

Semoga beliau mengotakan apa yang dijanjikannya itu.. jangan pula bila dah menang nanti kata "Saya terpaksa mengambil elaun itu untuk digunakan bagi membiayai kos operasi pusat khidmat saya..."

Dan lebih baik rasanya jika beliau mengambil elaun itu dan serahkan kepada beberapa keluarga yang memerlukannya...

Tapi berapa orang rakyat yang akan mendapat faedah dari elaun yang diagihkan itu?.. tentu ianya tidak adil bagi keluarga-keluarga lain yang juga memerlukannya tetapi tidak mendapatnya..

Calon PAS bagi PRK Kuala Besut, Azlan Yusof atau Che Long berkata beliau tidak akan mengambil elaun wakil rakyat jika beliau dipilih oleh rakyat menjadi Adun. 
"Kalau saya menang, saya tak akan ambil elaun wakil rakyat. Ia akan dikembalikan kepada rakyat." ujar beliau. 
Che Long memang terkenal dengan sifat dermawan dan rendah dirinya di kalangan penduduk Kuala Besut yang rata-ratanya menjadi pelanggan stor kayunya. 
Memang tidak dinafikan beliau merupakan kontraktor yang berjaya sehingga mempunyai lesen kontraktor kelas A yang boleh mengendalikan projek bernilai jutaan ringgit. 
Sikapnya yang mudah mesra, senang didekati disifatkan rakyat sebagai 'mudah kkkiro dan mudah bbaso". 
Ketokohan dan populariti beliau menjadi kelebihan kepada PAS bagi mengulangi kejayaan seorang Taukeh Ikan, Abe Uji, Adun Manek Urai yang berjaya menewaskan calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat pada PRK Manek Urai tidak lama dahulu. 
Rata-rata rakyat Kuala Besut mengenali dan menyenangi sikap beliau. 
Pilihanraya Kecil Kuala Besut diadakan berikutan pulangnya ke rahmatullah Adun sebelum ini Dr Abdul Rahman baru-baru ini. 
SPR menetapkan esok hari penamaan calon dan 24 Julai hari pengundian. 
Azlan akan ditentang oleh calon muda BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman. Pada PRU13 lalu, Dr Abd Rahman mengalahkan calon muslimat PAS, Napisah Ismail dengan majoriti lebih 2,000 undi.

Buat individu-individu yang terasa dengan apa yang aku tulis di atas tu... ubahlah ya.. sebab kami rakyat ni tak kisah langsung untuk diadakan pilihanraya kecil pula..

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails