Tuesday, July 2, 2013

Azmin Ali tunjuk cara muafakat kepada Yusni Mat Piah dan Din Ayam..


Apa yang ditunjukkan oleh Timbalan Presiden PKR ini ialah bagaimana seharusnya kita bertolak ansur dalam sebuah muafakat antara sesama parti dalam Pakatan Rakyat..

Ianya wajar dijadikan contoh atau tauladan dan baik untuk dipelajari oleh Yusni Mat Piah dan juga Din Ayam..

Meskipun Azmin Ali hanyalah Timbalan Presiden PKR, bukannya Presiden Parti namun begitu semua Ahli-ahli PKR samada yang setuju atau tidak wajar patuh kepada keputusan ini.. jangan dilanggar macam yang Yusni Mat Piah dah buat tu..

KUALA LUMPUR - PKR telah memutuskan bahawa kerusi bagi Dun Kuala Besut kekal milik Pas, kata Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat hasil perbincangan panjang bersama pimpinan PKR pusat dan Terengganu.

“PKR telah buat ketetapan ini dalam satu majlis, kelmarin.

“Kita akan sokong calon Pas yang akan terus kekal di Dun Kuala Besut. PKR Terengganu dan Pusat telah mengerahkan jentera untuk membantu kemenangan Pas di sana,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, semalam.

Menurut Ahli Parlimen Gombak itu, pendirian itu akan dibawa pada mesyuarat pimpinan PR minggu ini.

Menurut Azmin, walaupun terdapat gesaan daripada peringat negeri Terengganu untuk meletakkan calon PKR di kerusi tersebut, namun keputusan yang telah dibuat itu harus dihormati semua pihak.

Isu perebutan kerusi Dun Kuala Besut mula tercetus apabila Azmin dalam kenyataannya semalam tidak menolak untuk meletakkan calon PKR pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di kawasan itu.

Sementara itu, mengulas kenyataan Lim Guan Eng agar Pas memboikot PRK Kuala Besut sebagai tanda protes keputusan PRU13 lalu, Azmin berkata, kenyataan Setiausaha Agung DAP itu adalah pendapat peribadi.

“Mengenai keputusan akhir kita akan tahu lepas majlis pimpinan PR rakyat (yang dijangka Rabu ini),” katanya ~ Sinar Harian

Dalam masa yang sama perkara ini juga telah disahkan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kerusi itu akan ditandingi PAS.

"Kita serah kepada Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang untuk buat keputusan dan kita akan bagi sokongan.

"Saya bercakap tadi dengan Hadi sendiri, kita akan beri sokong penuh," katanya

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails