Wednesday, July 31, 2013

Apa yang 'racist' nya dengan kenyataan Pengetua SMK Shah Alam ni?


Pengetua SMK Alam Megah, Shah Alam hari ini mengakui bahawa dia telah memberitahu pelajar-pelajar Cina dan India untuk balik ke China dan India semasa perhimpunan sekolah baru-baru ini.

Bagaimanapun menurut Timbalan Pengerusi MIC Shah Alam, A Prakash Rao, Pengetua yang bernama Yati Dani itu juga telah memberitahu Pelajar-pelajar Melayu supaya "Balik ke Indonesia" kerana bising dalam perhimpunan.

"Tetapi Yati telah memberitahu kami bahawa beliau bersedia untuk memohon maaf untuk meminta pelajar-pelajar bukan Melayu untuk 'balik India dan China," kata Prakash, selepas pertemuan dengan Pengetua tersebut awal hari ini.

Hmmm... apa yang racistnya??.. Anak Cina dia suruh balik Cina.. Anak India dia suruh balik India.. Anak Melayu pulak balik Indonesia...

Mungkin beliau bukanlah seorang yang punya sifat perkauman atau racist sebagaimana yang dituduh oleh banyak pihak tetapi dikuasai oleh perasaan marah pada ketika itu.

Marah dengan para pelajarnya yang degil dan nakal, yang dah berulang kali ditegur olehnya..

Mungkin juga kemarahan itu terbawa-bawa dari rumah.. maklumlah Raya dah dekat ni.. sebelum nak ke Sekolah bertengkar dengan suami dia pasal Raya ni nak balik rumah emak siapa..

Si suami nak balik kerumah emaknya.. tapi si isteri pula (Pengetua) nak balik rumah emak dia.. panas bertengkar pasal nak balik kemana itu maka pelajarnya pula menjadi mangsa..

Maka keluarlah ayat-ayat.. Anak Cina balik Cina.. Anak India balik India.. Anak Melayu pulak balik Indonesia...

Hakikat yang kita perlu terima ialah bukan mudah untuk mengawal disiplin para pelajar masakini, ramai yang bijak-bijak dan langsung tidak takut akan tindakan yang akan dikenakan terhadap mereka oleh pihak Sekolah.

Malah para Guru pula yang takut untuk mengambil tindakan terhadap mereka.. kerana silap langkah bukan masa depan pelajar itu yang gelap tapi masa depan dan periuk nasi mereka sendiri yang terancam dengan tindakan susulan oleh Ibu Bapa pelajar.

Kerana ramai Ibu Bapa yang terlalu sayangkan anak mereka dan lebih mempercayai anak mereka sendiri dari Guru-guru yang diamanahkan untuk mendidik anak-anak kita dan mereka akan bertindak terhadap Guru-guru itu hanya berdasarkan apa yang diberitahu oleh anak-anak mereka.

Contohnya dalam hal yang telah berlaku ini.. silap cakap saja Kementerian Pelajaran nak ambil tindakan.. tambahan pula yang mula-mula membangkitkan isu ini ialah Ketua MIC...

Semalam Malaysiakini melaporkan..

Kementerian siasat kenyataan 'balik China, India'  
Kementerian Pelajaran akan menyiasat dakwaan terkini seorang pengetua sekolah menengah yang dikatakan mengeluarkan kenyataan perkauman, kata timbalan menterinya P Kamalanathan.  
Katanya, perkara itu sudah dibawa ke perhatian kementerian dan siasatan segera akan dilakukan.  
"Kita tidak sesekali membiarkan perkara ini... Jika dakwaan ini benar, tindakan mesti diambil," katanya melalui SMS kepada Malaysiakini.  
Beliau merujuk kepada Ketua MIC Shah Alam A Prakash Rao yang mendakwa ibu bapa mengadu kepadanya berhubung perkara itu.  
Prakash mendakwa, pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Megah memarahi pelajar India dan China dengan menyuruh mereka "balik India dan China".  
Ibu bapa mendakwa, pengetua itu marah apabila pelajar membuat bising semasa ucapannya dalam perhimpunan sekolah.  
Sebelum ini, naib presiden Gerakan A Kohilan Pillay menggesa pengetua itu dipecat jika siasatan mendedahkan dia benar-benar mengeluarkan kenyataan itu.  
Katanya, kenyataan itu, jika benar, merupakan simptom "perkauman terang-terangan" di kalangan penjawat awam dan guru-guru, yang berbahaya jika dibiarkan tanpa disemak.  
Insiden terbaru itu muncul selepas kontroversi "kantin bilik persalinan" di Sekolah Kebangsaan Seri Pristana.

Kakitangan SMK Alam Megah memberitahu Malaysiakini, pengetua itu tidak akan melayan soalan pemberita. 
 
"(Pengetua) tidak akan menerima sebarang panggilan telefon kerana sekolah sudah putuskan tidak membuat sebarang kenyataan melalui telefon," katanya.  
Menurutnya lagi, pengetua juga sebelum itu menghadiri mesyuarat di luar sekolah dan sekarang sedang menunggu "seorang pegawai" lain untuk satu lagi mesyuarat.  
Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan sama ada pegawai itu dari kementerian ~ Malaysiakini

Nampak tak puak dari parti mana yang bersungguh-sungguh memalu gendang perkauman kali ini?

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails