Friday, July 12, 2013

Alvin Dan Vivian Ajak Umat Islam Bukak Puasa Dengan Sup Babi?.. Betulke?


Semalam, pasangan porno Alvin dan Vivian telah memuat naik sekeping gambar yang tertera ucapan  'Selamat Berbuka Puasa.. Dengan Bak Kut Teh.. wangi, enak dan menyelerakan' di laman FaceBook milik mereka.

Nota yang disertakan bersama gambar itu ialah "Izinkan kami memperkenalkan cara kami memupuk semangat 1Malaysia dengan bertukar-tukar makanan antara kaum-kaum Malaysia pada musim perayaan yang mulia ini. Hak untuk menikmati juadah enak tempatan seharusnya merentasi batasan bangsa dan juga agama. Kepada saudara-saudari yang beragama Islam, selamat berbuka puasa dan Salam Aidilfitri!"

Berikutan itu ianya menimbulkan kemarahan banyak pihak,  ini kerana apa yang kita tahu 'Bak Kut Teh' itu ialah sejenis sup babi jadi tindakan Alvin dan pasangannya itu sememangnya biadap.

Tambahan pula logo 'HALAL' diletakkan dihujung bawah kanan gambar tersebut, mereka boleh dianggap sebagai mempersenda logo itu pula..

Bukan aku nak pertahan tindakan pasangan itu.. tetapi dalam menjalani ibadat puasa ini kita digalakkan agar banyak bersabar, jangan cepat melenting tak tentu hala..

Tambahan pula hanya berasaskan pengetahuan kita yang dangkal kita menganggap apa yang dilakukan oleh orang lain itu salah.. sedangkan ianya tidak..

Penulis yang menggunakan nama AK-47 mendakwa Bak Kut Teh yang dipromosikan oleh pasangan tersebut adalah sup tulung rusuk babi yang haram.. macam mana dia yakin entahlah..

Bagaimana pula jika 'Bak Kut Teh' yang dipromosikan itu halal?

Apa yang perlu kita tahu dalam hal ini ialah.. Tidak ada 'Bak Kut Teh' yang disahkan halal sebelum tahun 2009 tetapi pada Disember 2009 ianya telah diperkenalkan di karnival "Fabulous Food 1Malaysia" di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)..

Ini laporan dari Bernama..

Bah kut teh halal di expo makanan 
Makanan kegemaran masyarakat Cina, bak kut teh, yang pertama kalinya disediakan dengan menggunakan resepi halal boleh dinikmati di karnival "Fabulous Food 1Malaysia" di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 18 hingga 20 Dis ini. 
Ia akan disediakan oleh chef eksekutif Hotel J W Marriot di Kuala Lumpur, Zaffar Abdul Samad untuk 300 pelanggan setiap hari, kata Eileen Chew, pengarah projek dan perhubungan awam Expomal International yang menganjurkan karnival itu bersama-sama Pelancongan Malaysia. 
"Seperti makanan tradisi masyarakat Melayu iaitu nasi lemak yang boleh dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia, kami juga mahukan makanan tradisi popular masyarakat Cina ini mampu dirasai oleh kaum lain," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini. 
Hidangan halal itu akan menggunakan ayam, makanan laut dan sayur-sayuran yang akan dimasak dengan 10 jenis herba seperti anjalika, bunga cengkih dan kulit oren. BERNAMA

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails