Monday, July 15, 2013

Alahai.. Macam ni punya bangang pun boleh Najib lantik jadi Menteri..


Jika sebelum ini Menteri di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dilantik oleh Najib tanpa usul periksa telah mencadangkan bagaimana mahu mendapatkan harga ayam yang murah ini pula lagi seorang Menteri yang dilantik Najib menyerlahkan kebangangangannya..

Sebelum ini Menteri di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyarankan supaya pengguna membeli ayam di Pasar Tani, kerana kononnya harganya ialah RM7.80 sekilogram berbanding RM8.50 sekilogram di pasar biasa.

Padahal harga Ayam di Pasar Tani lebih tinggi dari apa yang disebutkannya itu.. ( lihat di SINI )

Juga berkaitan dengan Ayam..Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaaan cuba menunjukkan jalan penyelesaiannya kepada rakyat..

KUALA BESUT - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaaan Datuk Hasan Malek hari ini mengajak orang ramai 'menukar' selera daripada memakan ayam kepada menu lain seperti ikan dan daging sebagai usaha mengekang kenaikan harga ternakan itu. 

Beliau berkata langkah itu dianggap perlu memandangkan terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil kesempatan menjelang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri dengan menaikkan harga ayam sewenang-wenangnya. 

Katanya ia juga bertujuan mengajar pihak berkenaan yang cuba mengaut keuntungan supaya sedar tindakan tidak bertanggungjawab mereka tidak akan berhasil. 

"Pengguna perlu guna kuasa untuk ajar pihak tidak bertanggungjawab, kalau tengok harga naik jangan beli ayam tapi beli daging pula," katanya ketika berucap pada Program Pemimpin Bersama Rakyat di Pulau Perhentian dekat sini, hari ini. 

Ketika ditemui pemberita kemudiannya, Hasan mengulangi gesaan kepada peniaga supaya tidak menaikkan harga ayam sesuka hati sebaliknya menanam perasaan mendahulukan rakyat agar negara terus sejahtera ~ Sinar Harian

Jangan makan Ayam katanya tapi makanlah Ikan dan Daging.. jawapan yang tak disangka akan dikeluarkan oleh seorang Menteri..

Dua perkara tersirat dalam jawapannya itu.. Pertama, beliau menyerlahkan tahap kebijaksanaannya yang sebenar atau lebih mudah dikatakan tahap kebodohannya kerana memberikan saranan yang begitu bodoh buat rakyat..

Kedua, beliau juga menunjukkan selama ini beliau tidak pernah turun ke pasar-pasar untuk meninjau harga barangan kerana harga ikan dan daging adalah lebih mahal dari harga ayam..

Rakyat membeli Ayam dan terpaksa makan Ayam kerana harganya lebih murah jika dibandingkan dengan Ikan dan Daging.. Tapi Menteri yang bangang ni sarankan rakyat makan ikan dan daging pula sedangkan harganya lebih mahal dari harga Ayam..

Sebagai contoh di KB ikan gelama kering harganya antara RM40 hingga RM 60.00 sekilo,daging RM23.00/kilo dan ikan tenggiri RM 25.00/kilo.

Macammana rakyat yang telah beralih dari makan yang mahal kepada makanan yang murah mampu untuk membeli barangan yang lebih mahal pula?

Kalau nak ikut saranan Menteri lantikan Najib ni.. Tarif Elektrik naik sarankan rakyat jangan guna elektrik, Minyak naik jangan guna minyak.. Kereta mahal jangan guna kereta.. Harga beras naik jangan makan nasi..

Apalah malang nasib rakyat Malaysia ni.. dapat Menteri pun tahap pemikirannya macam orang tak lulus SRP.. tapi tak lulus SRP pun aku rasa tak bodoh macam ni.

Rugi aku rasa bayar income tax..

Nasib kitalah.. dapat Menteri yang bangang hasil sokongan penyokong-penyokong yang sudah tentu lebih bangang dari dia..

Bukan aku sorang saja yang kat dia ni bangang tapi ramai lagi, malah yang kata dia ni bengong pun ada tak percaya sila lihat di SINI dan SINI.

Shahidan pun bangang jugak.. baca kat ( SINI )

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails