Thursday, July 18, 2013

Berita gembira buat sekelian macai UMNO dan Pengkhianat Pakatan Rakyat mengenai AES


Hmm.. macai-macai UMNO tentu melompat-lompat kegembiraan dengan berita ini.. bukan macai UMNO saja yang gembira, pengkhianat-pengkhianat dalam Pakatan Rakyat juga tentu lebih gembira..

Manakan tidak penat lelah untuk membantu kemenangan UMNO dihargai akhirnya...

Bagaimanapun macai-macai UMNO masih boleh mengelak dari dikesan atau dirakam memandu melebihi had laju yang dibenarkan..

Menurut sumber mereka perlu melekatkan sticker logo UMNO di sebelah kiri bahagian atas cermin hadapan kenderaan mereka, ini perlu bagi membolehkan sistem AES yang merakamkan kesalahan mereka memadam secara aotomatik rakaman tersebut bila mengesan terdapatnya logo itu pada cermin kenderaan mereka..

Kementerian Pengangkutan hari ini mendedahkan, sebanyak 1,079 kamera perangkap kelajuan kontroversi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) akan dipasang seluruh negara.

Dalam jawapan bertulis daripada soalan Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng di Dewan Rakyat, lokasinya belum dikenal pasti tetapi bakal ditentukan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS). 

"Sebanyak 1,079 kamera AES masih belum dipasang di seluruh negara.

"MIROS sedang mengenal pasti lokasi kawasan kerap kemalangan berdasarkan kriteria lebih terperinci menguna pakai data kemalangan kebangsaan yang terkini," kata jawapan bertulis Kementerian Pengangkutan.

Jawapan bertulis kementerian itu juga menyatakan kerajaan mengutip RM20 juta daripada 673,339 saman yang dikeluarkan sehingga 11 Jun 2013.

"Sehingga 11 Jun 2013, sebanyak 628,045 kesalahan memandu melebihi had laju dan 45,294 kesalahan tidak mematuhi lampu isyarat merah.

"Jumlah kutipan kompaun yang diterima bagi tempoh sama ialah RM20,020,500," kata kementerian lagi. 

Putrajaya, bagaimanapun enggan mendedahkan terma dan syarat perjanjian konsesi berikutan ia dokumen terperingkat/rahsia dan tidak dapat dinyatakan dalam Dewan Rakyat.

Projek swasta bernilai RM700 juta itu bermula dengan 14 kamera dalam fasa percubaan tetapi JPJ berikrar melancarkan lebih banyak kamera menjelang akhir 2013 ~ The Malaysian Insider

Kalau dah gembira tu.. tepuklah tangan....

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails