Monday, June 24, 2013

Tengok nih!! Nazri Aziz tunjuk isyarat '1Malaysia' yang baru ke ni?

Kurang pasti pula aku sipakah wartawan yang telah merakamkan gambar Menteri di Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan yang baru ini..

Gambar dipercayai telah dirakamkan di kawasan merokok di Parlimen sempena dengan majlis mengangkat sumpah 222 anggota Parlimen yang memenangi kerusi masing-masing dalam PRU13 yang telah berlangsung pagi ini 24 June.

Ketika gambarnya dirakamkan pemimpin UMNO ini telah menunjukkan isyarat lucah kepada jurugambar yang sedang merakamkan gambarnya..

Isyarat yang punya makna tak senonoh ini biasanya popular dikalangan budak-budak yang sedang meningkat dewasa, tak sangka pulak aku seorang pemimpin yang bertaraf Menteri pun punya pemikirin seperti budak-budak itu..

Adakah ini satu contoh yang baik untuk diikuti oleh anak-anak Malaysia yang sedang meningkat dewasa?

Atau mungkinkah beliau sedang mempromosikan isyarat 1Malaysia yang baru?


Walau apa pun alasannya, tindakan beliau amatlah tidak wajar dan keterlaluan. Menteri kebudayaan harus menerapkan nilai-nilai murni untuk menjadi contoh kepada rakyat.

Namun, dari aksi beliau jelas sekali Nazri Aziz lupa dimanakah kedudukan dirinya sekarang. Jika budaya ini ditunjukkan, maka sudah pasti ia akan menjadi ikutan generasi muda sebenarnya.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails