Saturday, June 22, 2013

Jerebu: Patutlah Malaysia tak marah.. Sebab ni rupanya..


Berang dengan jerebu yang menyelubungi negara mereka hingga menyebabkan ada lapangan terbang yang terpaksa ditutup, Singapura telah menggesa Indonesia mengambil `tindakan muktamad’ untuk mengatasi perkara ini..

Ketua Agensi Alam Sekitar Nasional Singapura berkata, pihaknya mahu satu tindakan muktamad diambil oleh Indonesia berhubung perkara itu.

Indonesia bagaimanapun menyifatkan Singapura bersikap 'seperti budak' kerana merungut tentang masalah jerebu yang melanda negara itu ekoran kebakaran hutan yang berlaku di Pulau Sumatera.

Menteri Koordinasi Kebajikan Masyarakat, Agung Laksono berkata, masalah kebakaran hutan dan jerebu tersebut berlaku secara semula jadi dan kerajaan Indonesia juga tidak mahu ia terjadi.

"Singapura hanya tahu berbuat bising (merungut) dan perlu berhenti bersikap seperti budak," jelasnya.

Tetapi yang hairannya meskipun Malaysia turut dilanda jerebu, Malaysia tidak langsung bersuara menegur Indonesia dalam perkara ini..

Ini menyebabkan ramai yang tertanya-tanya.. kenapa agaknya??

Ini jawapannya...

Ladang milik Malaysia terbakar di Riau 

PETALING JAYA: Pengarah Jabatan Perhutanan Riau, Zulkifli Yusuf berkata, ladang syarikat dari Malaysia adalah antara yang terbakar di wilayah itu.

Kebakaran hutan di Sumatera menyebabkan jerebu dan asap tebal melanda Singapura dan Malaysia terutama di Johor dan Melaka.

Kata Zulkifli, antaranya ialah PT Langgam Inti Hibrida, yang berada di kawasan Desa Sering, Pelalawan, Kabupaten Pelalawan.

“Titik panas lain berada di kawasan ladang milik PT Bumi Reksa Nusa Sejati yang berada di Desa Simpang Kareman, Kecamatan Pelagiran, Kabupaten Indragiri Hilir.

“Manakala yang lain terbakar adalah milik PT Tunggal Mitra Platation, PT Abdi Platation, PT Jati Jaya Perkasa, PT Udaya Loh Dinawi dan PT Mustika Agro Lestari.

“Semuanya milik modal asing dari Malaysia.

“Jadi kami meluruskan (menjelaskan), itu bukan data yang dikeluarkan Jabatan Pehutanan. Titik panas itu dirakam satelit Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) dari peta kami melihat kawasan itu berada di ladang warga dan milik asing,” kata Zulkifli seperti dilapor viva.co.id.

Dalam perkembangan berkaitan, satelit pemantau cuaca dan pengesan panas bumi (NOAA) milik Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Riau mengesan 148 titik panas di wilayah itu.

Pemantuan Jabatan Perhutanan Riau, titik yang dirakam satelit sebahagian berada di kawasan ladang dan hutan tanaman industri milik Malaysia.

Channel News Asia pula melaporkan sebanyak 70 titik panas ditemui di Sarawak dan enam di Kelantan. Jumlah tersebut menunjukkan peningkatan dibandingkan tahun-tahun sebelumnya dan cuaca di Malaysia panas dan kering.

 Ini sekaligus menunjukkan kebakaran hutan ternyata tidak hanya terjadi di Indonesia yang menyebabkan asap dan jerebu melanda Malaysia dan Singapura ~ Free Malaysia Today

Ada orang kata ladang-ladang ini majoritinya dimiliki oleh beberapa pemimpin UMNO.. siapa agaknya dia? Laporan media Indonesia juga mendakwa ianya milik Malaysia..

Lapan Syarikat Ada Kaitan Dengan Malaysia Disiasat 
JAKARTA: Menteri Alam Sekitar Indonesia, Dr Balthasar Kambuaya mengenal pasti sebanyak lapan syarikat yang mempunyai kaitan dengan Malaysia sedang disiasat kerana melakukan pembakaran di Riau dan Jambi, yang mengakibatkan jerebu sehingga memberi ancaman kepada negara jiran Malaysia dan Singapura.

Menurut Dr Balthasar, kesemua lapan syarikat itu dimiliki oleh para pelabur Malaysia dan kebakaran yang berlaku dikesan di bawah konsesi mereka.

Lapan syarikat yang dikenal pasti itu ialah PT Langgam Inti Hiberida, PT Bumi Rakksa Sejati, PT Tunggal Mitra Plantation, PT Udaya Loh Dinawi, PT Adei Plantation, PT Jatim Jaya Perkasa, PT Multi Gambut Industri dan PT Mustika Agro Lestari.

“Jika terdapat bukti yang cukup, kita akan membawa mereka ke mahkamah. Para penyiasat kami masih berada di tempat kejadian untuk melakukan penyiasatan kanjut,” katanya pada Sabtu.

Lebih banyak syarikat dijangka akan dinamakan di mana Dr Balhasar berkata, 14 syarikat lagi sedang disiasat. – ANN/The Strait Times

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails