Friday, June 21, 2013

Dulu Molotov Koktail.. sekarang dituduh akan provok Polis supaya huru hara pulak..


Ingat lagi gambar di atas?.. tentu korang masih ingat bagi yang tak ingat dan tak tahu gambar apa benda kat atas tu.. itu ialah Molotov Koktail..

Ianya telah ditemui oleh pihak Polis Selangor dalam satu beg bersama dua plastik hitam mengandungi puluhan baju kuning BERSIH dan dua beg berisi parang serta bebola besi di Batu 12, Jalan Lama Gombak di tepi jalan kawasan hutan ketika himpunan BERSIH hendak diadakan dulu..

Laporan mengenainya sila baca di SINI

Bagi Himpunan Black 505 pula tiada sebarang Molotov Koktail ditemui tetapi Polis mendakwa mendapat maklumat penganjur perhimpunan Black 505 sengaja ingin melihat pertempuran berlaku diantara pihak berkuasa dan orang ramai dan menggesa rakyat agar tidak menghadiri perhimpunan itu.

Polis mengatakan penganjur telah mengarahkan peserta perhimpunan untuk memprovokasi untuk menimbulkan kemarahan pihak polis agar berlaku huru-hara esok.

Kenyataan itu bagaimanapun disanggah oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang juga merupakan jurucakap rasmi perhimpunan Black 505.

Betul ke tuduhan tu?.. baca apa kata Rafizi kat bawah ni..

“Saya menafikan tuduhan tersebut. Pihak polis boleh menilai kesemua kenyataan media saya dan laporan temuramah mengenai kesemua perhimpunan Black 505.

“Tidak ada satu pun yang mengarahkan sebarang provokasi atau kekasaran terhadap pasukan polis,” katanya.

“Saya merupakan orang yang terlibat dalam kesemua perancangan.

“ Tidak ada satu perbincangan pun yang menyentuh mengenai kekasaran terhadap pasukan polis, malah saya berhubung baik dengan Ketua Polis Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad sepanjang penganjuran itu,” tambahnya lagi.

Menggulas lanjut mengenai perkara ini, Rafizi telah mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang dan saman terhadap Datuk Mohmad Salleh kerana kenyataannya itu berbaur fitnah dan tidak benar.

“Oleh kerana kenyataan Datuk Mohmad Salleh itu adalah tidak benar dan memberikan gambaran buruk terhadap saya selaku penganjur, saya akan mengambil tindakan susulan terhadap kenyataan tersebut,” katanya ~ Sinar Harian

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails