Saturday, June 22, 2013

Gambar-gambar terkini sekitar Padang Merbok yang mula dibanjiri penyokong Pakatan Rakyat..


Bukan salah ejaan, tapi memang dinamakan 'Nasi Berani' bukannya 'Nasi Beriani' sempena himpunan Black 505..

Suasana di Padang Merbok di sini mulai meriah pagi ini menjelang himpunan aman Black 505 jam 2.00 petang nanti.

Krew Harakahdaily yang meninjau sekitar jam 10.00 pagi ini melaporkan kenderaan bergerak lancar di kedua-dua jalan bersebelahan tempat himpunan itu.


Anggota polis trafik sibuk meletakkan kon di sepanjang jalan berkenaan bagi menghalang kenderaan diletakkan di situ dalam usaha untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas.



Pihak penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga kelihatan ramai di kawasan berkenaan. Orang ramai yang sebahagian besar memakai baju-T hitam termasuk yang berlogokan parti-parti dalam Pakatan Rakyat juga sudah berada di sekitar Padang Merbok.

Dataran Merdeka ditutup kepada awam..

Seperti suasana yang lazim dilihat di kawasan himpunan aman diadakan, para peniaga tidak melepaskan peluang untuk mencari rezeki dengan menjual makanan, minuman, baju T dan lain-lain.





Para peserta himpunan Black 505 juga sudah ramai berhimpun di hadapan Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.




Di Jalan Raja Laut
Hadapan SOGO
Petaling Street


Masjid Negara


Sedang bergerak..

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails