Wednesday, June 26, 2013

Pilihan Raya Kecil pertama 2013.. Adun UMNO Terengganu meninggal dunia..


Mula-mula tadi berita ni aku baca di Kerabu Bersuara, tapi oleh kerana beliau tidak menyatakan sumbernya aku tak berapa yakin..

Ini laporan dari Kerabu Bersuara..

Adun Kuala Besut, Dr A Rahman Mokhtar meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah pada pukul 10 pagi tadi.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Terengganu dimasukkan ke Hospital Besut pada pagi Khamis minggu lepas dipercayai akibat masalah penafasan sebelum dirujuk ke HSNZ.

Jenazah akan disembahyang dan dikebumikan di Masjid Teluk Bayu, Kuala Besut. Buat masa sekarang, jenazah masih lagi berada di Kuala Terengganu.

Sema-samalah kita sedekahkah Al-Fatihah kepada Allahyarham dan semoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Tetapi setelah The Star dan juga The Malaysian Insider juga turut melaporkan perkara yang sama maka aku yakin laporan ini adalah benar..

Ini laporan dari The Malaysian Insider..

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Besut, Terengganu Dr. Abdul Rahman Moktar yang berusia 55 tahun meninggal dunia pada pukul 10.18 pagi tadi kerana penyakit barah paru-paru.
Adun Barisan Nasional (BN) yang juga merupakan Exco Kesihatan kerajaan negeri Terengganu itu meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu.
Ini bermakna, pilihan raya kecil (PRK) perlu diadakan tidak lama lagi buat pertama kalinya selepas pilihan raya umum 5 Mei. Abdul Rahman menewaskan calon PAS Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.
Beliau meninggalkan seorang isteri, Azizah Omar dan empat orang anak. Abdul Rahman mendapatkan ijazah kedoktorannya di Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Selepas itu beliau melanjutkan pelajaran lagi di Kolej Perubatan Filipina di Manila.
Abdul Rahman merupakan anak kelahiran Pulau Perhentian, Kuala Terengganu. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu mengadakan PRK dalam masa 60 hari selepas menerima notis kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.
BN pada ketika ini menguasai 17 kerusi DUN manakala Pakatan Rakyat (PR) mempunyai 15 kerusi. Kematian Abdul Rahman menyebabkan BN hanya tinggal 16 kerusi dan jika kemenangan berpihak PR pada PRK akan datang akan menyebabkan DUN Terengganu tergantung. .

Ini pula laporan dari The Star..

KUALA TERENGGANU: Kuala Besut assemblyman Dr A. Rahman Mokhtar passed away at the Sultanah Nur Zahirah hospital due to lung cancer.

Dr A. Rahman, 55, was appointed to a second term as the health, women's development, family and community exco chairman after the general election.

He was admitted to the hospital last week and warded in the intensive care unit (ICU) after complaining of chest pains. Dr A Rahman was a senior member of the state Barisan Nasional and one of only four who were retained in the state exco lineup.

He defended the Kuala Besut state seat by beating PAS' Napisah Ismail by 2,434 votes in the May general election.

Al Fatihah buat Allahyarham dan takziah buat keluarganya..

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails