Thursday, May 30, 2013

TV3 Kantoi lagi.. kali ini insiden bot karam pula..


Bila kebanyakkan media menyiarkan laporan mengenai insiden bot karam ini.. mula-mula aku tak peduli sangat, sebab aku hanya melihat gambar diatas yang disiarkan oleh kebanyakkan media tu..

Aku tak berminat untuk membaca berita yang disiarkan itu, kerana dari gambar aku menyangka tak ada di Malaysia yang dah merdeka lebih 55 tahun ni orang naik bot sampai kena duduk atas bumbung..

Bila TV3 siarkan laporan mengenainya baru aku berminat nak ambil tahu.. rupa-rupanya insiden ini telah berlaku di Sarawak yang dikatakan sebagai kubu kuat Barisan Nasional bukannya Bangladesh seperti mana yang aku sangka..

Maka timbullah persoalan.. kenapa negeri yang kaya dengan hasil sumber semula jadi ini dan Ketua Menterinya dibayar paling mahal gajinya (lihat di SINI), sungai masih dijadikan sebagai jalan utama?

Sepatutnya sebagai kubu kuat.. kemudahan yang ada sudah pasti memuaskan hati rakyat untuk membolehkan mereka kekal menyokong Barisan Nasional..

Kemana menghilang kekayaan negeri?

Apa yang TV3 laporkan.. seolah-olah negeri yang menjadi Kubu Kuat atau Fixed Deposit Barisan Nasional itu mempunyai kemudahan jalan darat yang baik.

Dan tambang yang dikenakan adalah murah hingga menyebabkan penduduk sanggup merisikokan nyawa mereka untuk menggunakan perkhidmatan feri itu.

Semata-mata untuk mengambarkan kepada keseluruhan rakyat Malaysia kononnya Sarawak telah ditadbir dengan baik oleh Barisan Nasional ini..

Tetapi laporan oleh TV3 itu tenyata bohong sama sekali bila ada individu dari Sarawak mempertikaikan laporan itu dan memohon TV3 meminta maaf atas laporan yang bersifat bohong itu..

Sumber SINI

Dan pembohongan oleh TV3 itu telah disahkan secara tidak langsung oleh Utusan yang juga merupakan lidah rasmi UMNO dengan menyiarkan laporan di bawah ini..

"Jalan darat yang ada terlalu teruk keadaannya dan kami tiada pilihan selain menaiki bot ekspres."

Demikian jawapan penduduk di daerah ini semasa ditanya mengapa perkhidmatan bot ekspres menjadi pilihan utama mereka untuk keluar ke bandar terdekat walaupun tambangnya agak tinggi.

Rata-rata penduduk yang ditemui Utusan Malaysia berkata, tambang perkhidmatan pengangkutan air itu tidak semurah yang disangka, sebaliknya agak membebankan terutama kepada mereka yang mempunyai keluarga besar.

Seorang surirumah yang hanya ingin dikenali sebagai Sonia, 31, memberitahu, tambang bot ekspres dari Belaga ke Kapit dan Sibu masing-masing mencecah RM35 dan RM55 bagi setiap penumpang dan adakalanya lebih mahal pada musim perayaan.

Beliau berkata, dia dan suami perlu mengeluarkan belanja besar untuk menampung kos mereka dan tiga anak setiap kali mahu pulang ke kampung halamannya yang terletak di Kapit.

"Tiada jalan darat ke Kapit dan jalan sedia ada cuma menghubungkan Belaga dengan Bintulu dan itu pun sekadar jalan balak yang kerap terputus hubungan akibat tanah runtuh terutama jika hujan.

"Sebuah lagi jalan darat berturap yang turut menghubungkan Belaga dengan Bintulu sudah siap dibina pihak tentera namun tiada jambatan. Jadi kami menggunakan bot ekspres walaupun mahal dan mengambil masa sehingga empat atau lima jam," katanya.

Kakitangan awam, Katijah Abdullah, 33, pula berkata, perkhidmatan bot ekspres yang melalui daerah tersebut hanya dua kali sehari, iaitu laluan Bakun-Belaga-Kapit-Sibu pada sebelah pagi serta laluan Sibu-Kapit-Belaga-Bakun pada sebelah petang.

Jika terlepas perkhidmatan tersebut, katanya, mereka terpaksa menunggu keesokan hari atau memilih pengangkutan darat menggunakan kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang dipanggil 'prebet' dengan bayaran RM50 setiap penumpang.

Sampai bila TV3 nak perbodohkan rakyat Malaysia ni agaknya??

Bagaimanapun tentang insiden yang berlaku di Sarawak itu.. sebagai rakyat Malaysia selain bersimpati dengan mangsa dan keluarga mangsa, kita juga perlu hormati pilihan mereka..

Mereka telah memilih untuk terus hidup mundur begitu di bawah pentadbiran yang korup.. itu hak mereka.. jadi raikanlah!!

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails