Friday, May 31, 2013

Bung Mokhtar pun tak faham mengapa Nurul Izzah tak dibenar masuk Sabah


Ahli parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin menyelar tindakan pejabat Ketua Menteri Sabah menghalang Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar memasuki Sabah.

“Saya tak faham mengapa Nurul tak dibenarkan memasuki Sabah. Kalau ini benar, satu kesilapan dan malapetaka.

“Saya rasa ini adalah kesilapan yang besar dan perlu diperbetulkan,” kata Bung Mokhtar dalam twitternya.

Nurul Izzah tidak dibenarkan imigresen Sabah memasuki negeri ini ketia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA kira-kira jam 7.30 malam semalam.

“Saya ditahan oleh imigresen Sabah dan diarah pulang oleh pejabat ketua menteri Sabah. Beginilah nasib demokrasi pasca-PRU 13,” kata ahli parlimen Lembah Pantai itu dalam twitternya.

Beliau juga tidak dibenarkan berjumpa ahli parlimen Penampang, Darell Leiking yang bertindak sebagai peguamnya.

“Saya tidak dibenarkan berjumpa peguam dan diiringi tiga pegawai yang memaksa saya masuk ke dalam pesawat,” tulisnya.

Izzah berkata, terdapat ahli parlimen lain yang tidak dibenarkan memasuki Sabah.

Apabila ditanya nama mereka, pihak imigresen berkata ia adalah rahsia.

Dalam pada itu Nurul Izzah turut meyampaikan ucapan selamat hari Kaamatan kepada rakyat Sabah yang akan menyambutnya hari ini.

“Selamat hari Kaamatan Kepada rakyat Sabah. Maaf, tidak dapat bersama kalian. Tapi ingat, hubungan kita sebagai rakyat Malaysia akan lebih kukuh,” kata Nurul dalam twitternya.

~ Keadilandaily

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails