Thursday, May 16, 2013

Benarkah PKR dibiayai oleh AS seperti yang didakwa Kuda Kepang itu?.. Baca ni..


Bercakap depan dewan kuliah yang padat di di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Ruhanie, penulis blog Kuda Kepang berkata PRU13 mempunyai unsur-unsur yang sesuai dengan hipotesis yang menyebut bahawa Pakatan Rakyat, atau PKR lebih tepat, menjadi ejen pertukaran rejim bagi menguntungkan Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun, sama ada PKR memang didanai AS untuk tujuan itu hanya boleh dipastikan oleh parti itu sendiri, kata penulis blog Ruhanie Ahmad dalam forum membincangkan masa depan BN dan Pakatan selepas pilihan raya.

Katanya lagi, bacaan secara geopolitik tidak menjadikan dakwaan campur tangan AS itu mengejutkan, ini ekoran AS tidak senang dengan kawalan Malaysia terhadap Selat Melaka.

"Jika mereka dapat kawal (Selat Melaka), mereka dapat salurkan tenaga daripada Timur Tengah ke Asia Timur.

"Kawalan terhadap tenaga dan laluan pengangkutan akan menjadikan AS kuasa besar dunia," kata Ruhanie, calon doktor falsafah dalam bidang geopolitik dan kajian keselamatan. ~ Malaysiakini

Satu kenyataan kurang bijak dari individu yang merasakan dirinya bijak dalam menilai sesebuah parti politik.

Meskipun Selat Melaka itu menggunakan nama Melaka, sebuah negeri yang terdapat dalam Malaysia namun ianya bukanlah dikuasai oleh Malaysia sahaja.

Indonesia dan juga Singapura turut terlibat dalam pengawalan Selat tersebut..

Jika PKR dibiayai oleh dana dari AS.. mengapa perlu Obama menalipon Najib ( baca di SINI ) mengucapkan tahniah kononnya kerana sekali lagi diberikan mandat oleh rakyat Malaysia untuk memimpin negara?

Baca apa ulasan oleh MSO mengenai tuduhan tak berasas oleh Kuda Kepang ini..

Hipotesis atau teori yang dibuat berdasarkan pengamatan dan maklumat-maklumat di internet tidak tepat untuk membuat tuduhan atau memberi pesepsi demikin. Ia memburukkan keadaan dan merupakan fitnah dan tidak wajar dikeluarkan oleh seorang yang tahu bagaimana parti lain (Umno) banyak menggunakan wang.

Sebagai seorang bekas ahli parlimen (Batu Pahat) Ruhanie perlu turun sendiri ke lapangan untuk melihat apa yang berlaku bagi membenarkan hipotesis yang beliau buat. Apa yang dilakukan oleh Pengarah UMCEDEL Prof Redhuan Othman wajar diteladai. Beliau turun sendiri ke lapangan untuk mengetahui perkembangan politik dan tidak hanya membuat rumusan dan hipotesis dari dalam bilik kerja.

Tuduhan Amerika mendanai PKR kerana kuasa dunia itu ada kepentingan di Selat Melaka tidak tepat dan boleh dipertikaikan. Apakah PR sahaja yang boleh digunakan Amerika tetapi tidak dengan UBN? Atau apakh terlalu kerdil untuk Amerika menguasai Selat Melaka bagi membawa kuasanya di Timur sehinggakan terpaksa menggunakan saluran pilihan raya?

Ruhanie sepatutnya membuat kajian dan analisa parti mana yang banyak menggunakan wang untuk pilihan raya berkenaan. Pasti yang menggunakan wang berguni-guni sudah pasti menyalah peraturan dan mereka sudah pasti dibekal oleh mana-mana pihak. Ruhanie tidak perlu pergi jauh lihat sahaja kepada pemasangan poster dan penggunaan berbagai bentuk poster dan logistik yang lainnya. Bandingkan berapa jenis poster atau papan iklan PKR dengan UBN. Saya rasa Ruhanie tidak buta mengenai perkara ini.

Bukankah pemasangan iklan di berbagai media itu memerlukan peruntukan wang yang banyak? Rasanya perbandingan ini sahaja sudah menemui jawaban parti mana yang kemungkinan didanai oleh kuasa asing atau mereka cari sendiri.

Selain itu Ruhanie juga perlu turun ke lapangan untuk melihat sendiri bagaimana wang digunakan bagaikan air dalam tempoh 14 hari kempen terutamanya menjelang tiga hari mengundi. Pemberian dan rasuah wang kepada pengundi berlaku di hadapan mata.

Sebagai seorang yang mahu jadi pemerhati politik berkelas antarabangsa, dan dihormati semua pihak biarlah adil dan jangan berpihak kepada parti anda - Umno. Tanya juga SPR, khasnya kepada pegawai yang telus bagaimana mereka mengejar perasuah pada malam menjelang pengundian. Ia bagaikan menghambat ayam dilesung. Siapa yang rancak memberi rasuah dan berpotensi untuk merasuah?

Apakah Ruhanie tahu dan sedar bahawa setiap calon UBN diperuntukan wang perbelanjaan lebih dari had yang ditetapkan. Apa yang saya ketahui untuk calon state bagi calon UBN mereka diberikan RM2.5 juta manakala untuk parlimen RM5 juta. Siapa atau dari mana UBN mendapat sumber kewangan ini. Ruhanie sendiri yang pernah bertanding tentu tahu puncanya.

Saya ingin maklumkan kepada Ruhanie bahawa ada calon PKR yang terpaksa jual tanah untuk belanja pilihan raya. Tidak mungkin wang yang diberi Amerika seperti diagak oleh Ruhanie itu tidak sampai kepada calon berkenaan kerana PR (PKR) sudah pasti mahukan mereka menang seberapa banyak untuk membentuk kerajaan. Adalah bodoh kalau PKR tidak membelanjakan wang sedangkan mereka mengharap kemenangan.

Ruhanie boleh menuduh dan membuat hipotesis tetapi sumbernya biarlah benar. Orang Islam diajar berkata yang haq.

Ruhanie dalam satu ceramahnya di sebuah universiti memberi gambaran yang Pakatan Rakyat sebagai sesuai menjadi agen pertukaran regim yang menguntungkan Amerika Syarikat. Lanjutan itu beliau cuba membuat fitnah mengatakan Amerika memdanai Pakatan Rakyat.

Kepada Ruhanie jadilah seorang penganalisa yang adil dan jangan cuba menmbayangi emosi politik anda untuk kepentingan Umno. Jika anda tidak dapat membebaskan diri dan berkata benar, sesungguhanya anda lebih dahsyat dari kuasa kuffar itu.
Apakah anda mahu menjadi salah seorang anggota kuffar? Membohongi diri sendiri satu perbuatan yang keji dan antara kerja-kerja ahli Neraka.

Sepenuhnya sila baca di SINI

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails