Thursday, April 11, 2013

Ustaz Azizan.. Kami nak mengundi nie.. awat tak bagi kami cuti?


Tarikh hari mengundi yang ditetapkan oleh SPR iaitu pada 5 Mei ini iaitu hari Ahad merupakan hari bekerja bagi beberapa negeri yang antaranya ialah Kedah dan Terengganu.

Tarikh tersebut iaitu 5 Mei 2013, telah diterjemah oleh beberapa pengguna laman FaceBook sebagai 55 tahun UMNO berkuasa setelah penguasaannya berakhir pada 2013.

Malangnya pada hari yang dianggap bakal mencetus sejarah tersebut, Kerajaan Negeri Kedah yang ditadbir oleh PAS/PR enggan mewartakan hari tersebut sebagai hari cuti bagi memudahkan pengundi untuk keluar melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap negara.

Alasannya ialah Kerajaan yang ada adalah Kerajaan Sementara..

PRU13: Kedah Tidak Isytihar Hari Mengundi Cuti Umum

ALOR SETAR: Kedah tidak akan mengisytiharkan hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei depan sebagai cuti umum.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, walaupun hari pengundian jatuh pada hari Ahad, iaitu bekerja bagi negeri berkenaan, beliau yakin ia tidak akan menjejaskan pengundi untuk keluar mengundi.

"Kita tak akan umum hari itu (hari mengundi) sebagai cuti umum. "Lagi pun kerajaan sedia ada ini hanyalah sebuah kerajaan sementara," katanya ketika dihubungi di sini, Rabu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan hari pengundian bagi rakyat Malaysia ialah pada 5 Mei depan manakala hari penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 20 April dan 30 April.

Pada 3 April lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat bagi membolehkan PRU-13 diadakan ~ mStar Online

Seorang pembaca yang terbaca laporan di atas telah mengirimkan e-mail di bawah..

Salam.

Saya terbaca di internet bahawa kerajaan negeri kedah tidak akan mengumumkan bahawa tarikh pru 13 sebagai cuti umum.

Mohon pihak tuan boleh sampaikan kepada pihak berkaitan bahawa tindakan tersebut akan menyusahkan sebahagian penjawat awam terutamanya yang mengundi di negeri lain.

Kemungkinan untuk mendapat cuti sendiri sukar.

Harap maklum.

Terima kasih.

Berdasarkan pengalaman dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh pada tahun 2008 yang tarikh mengundinya jatuh pada hari bekerja iaitu Selasa 26 Ogos 2008 memang diakui ada kebenaranya apa yang didakwa oleh pembaca di atas.

Ada pihak mendakwa tarikh mengundi yang ditetapkan oleh SPR buat "Ibu Segala Pilihan Raya Kecil" itu bertujuan untuk mengurangkan jumlah majoriti yang akan diperolehi oleh Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun matlamat mereka gagal bilamana hasil dari kerja keras petugas-petugas dalam Pilihanraya tersebut majoriiti berjaya ditingkatkan dari 13,388 kepada 15,671.

Jumlah peratusan yang keluar mengundi yang dicatatkan ialah 81.1% iaitu seramai 47 410 dari 58,449 pengundi berdaftar.

Dan kebanyakkan yang tidak keluar mengundi pada hari tersebut mendakwa mereka tidak diberikan pelepasan oleh Majikan mereka dan cuti mereka tidak diluluskan.

Lagipun waktu mereka habis bekerja adalah sama dengan waktu pusat mengundi ditutup.. dah tu macam mana nak mengundi..

Kesimpulannya perkara di atas dimana para petugas terpaksa berhempas pulas untuk mencari dan membawa kesemua pengundi untuk keluar mengundi dan pengundi dihalang dari keluar mengundi kerana tugas akan berulang di Kedah..

Perlu diingat semasa Pilihanraya Kecil itu keupayaan jentera Pilihanraya adalah tinggi berikutan dengan limpahan petugas yang datangnya dari seluruh negara..

Jadi... Ustaz Azizan.. bagilah kami cuti.. kami nak mengundi nie...

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails