Thursday, April 25, 2013

Samseng UMNO tumbuk wartawan China Press di Pulau Pinang


Seorang jurugambar sebuah akhbar berbahasa Cina ditumbuk di telinga ketika satu pergelutan tercetus antara sekumpulan lelaki yang memakai baju-T 1Malaysia dengan penyokong DAP di Pulau Pinang malam tadi.

Kejadian itu berlaku pada kira-kira jam 9.30 malam apabila kira-kira 50 lelaki bermotosikal dengan memakai baju-T biru 1Malaysia didakwa cuba mengganggu ceramah yang diadakan oleh DAP di pusat gerakan PAS di Bukit Gelugor malam tadi.

Kumpulan lelaki tersebut dilihat membawa bendera BN apabila mereka tiba di tempat tersebut.

Mereka mula mengeboo dengan kuat orang ramai yang hadir dan cuba memasuki kawasan ceramah itu tetapi dihalang oleh penyokong DAP.


Perbalahan kecil berlaku antara mereka dan ketika itu berlaku, jurugambar Sin Kam Weng dari akhbar China Press ditumbuk di telinganya.

Sin, 24, kemudiannya membuat laporan di balai polis berhampiran Jelutong pada jam 10.41 malam. Dia ditemani ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Prem Anand Kumar.

Dalam laporan polisnya, Sin berkata apabila pergelutan berlaku, dia cuba untuk mengambil gambar tetapi telah ditumbuk di telinga kanan.

Menurutnya, lelaki yang menumbuknya itu memberi amaran kepadanya supaya jangan mengambil sebarang gambar.


Sim berkata, dia memberitahu lelaki itu bahawa dia hanya mahu mengambil gambar apa yang berlaku, dan lelaki itu kemudiannya meninggalkan kawasan ceramah itu.

Ketika dihubungi, penyandang kerusi DUN Seri Delima, RSN Rayer yang merupakan salah seorang penceramah di situ malam tadi, mengesahkan bahawa kejadian itu berlaku.

"Kami terpaksa membatalkan ceramah itu atas sebab-sebab keselamatan," katanya sambil menambah bahawa Pengerusi DAP, Karpal Singh turut dijadualkan berucap tetapi ianya dibatalkan.

Kekecohan itu berlaku ketika ADUN Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo sedang berucap.

Itu apa yang Malaysiakini laporkan di ( SINI ).. berikut pula ialah apa yang Utusan laporkan..

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails