Friday, April 26, 2013

Letupan di Nibong Tebal dijadikan modal politik BN untuk burukkan PR .. ini risalahnya..


Insiden letupan yang berlaku dilonggokan sampah dalam satu ceramah anjuran BN Pulau Pinang yang menyebabkan seorang Petugas Keselamatan cedera 'Teruk' (gambar atas) seperti yang didakwa oleh Calon BN bagi Parlimen Nibong Tebal masih dalam siasatan Polis...

Menurut pihak Polis seperti yang dilaporkan Bernama pada 25 April (semalam) Polis telah menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan kes letupan tersebut.

Jurucakap Pilihan Raya Polis Kontinjen Negeri, ACP Roslee Chik berkata ketiga-tiga lelaki terbabit yang berusia antara 25 dan 41 tahun itu masing-masing ditangkap di George Town, Bukit Mertajam dan Nibong Tebal.

"Hasil risikan dan keterangan saksi, polis pada mulanya menahan dua lelaki di Seberang Perai sebelum menahan suspek ketiga di George Town bagi membantu siasatan.

"Polis masih menyiasat kaitan suspek dengan parti-parti politik dan seorang yang ditahan itu mempunyai rekod jenayah berkaitan kes bahan letupan," katanya kepada pemberita di sini.

Katanya mereka ditahan direman bagi membantu siasatan menurut Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimun tujuh tahun dan denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya.

Roslee berkata polis juga telah mengenal pasti beberapa suspek lain dan sedang mengesan mereka untuk membantu siasatan.

Pada masa yang sama beliau mengulangi nasihat agar parti-parti politik yang hendak menganjurkan ceramah memohon permit polis terlebih dahulu supaya polis dapat membantu dan mengawal keselamatan di kawasan ceramah itu.

"Orang ramai juga tidak perlu risau dengan keselamatan kerana polis mempunyai kekuatan dan anggota yang mencukupi untuk mengawal keamanan di negeri ini," katanya.

Malangnya macai-macai UMNO telah secara membabi buta telah meletakkan kesalahan ini kepada pihak Pakatan Rakyat..


Mungkin ianya bukan membabi buta.. tetapi kerana percaya apa Muhyiddin kata tentang insiden ini..

Menurut Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua media berbahasa Cina hari ini melaporkan Muhyiddin mengkritik kempen Pakatan Rakyat yang kononnya semakin radikal dan keterlaluan berdasarkan kepada insiden pengeboman itu.

 “Muhyiddin sengaja memanipulasi insiden itu dengan mengheret Pakatan dan tujuannya untuk menambahkan perasaan benci dan takut rakyat terhadap Pakatan Rakyat,” kata Tian..

Flyer ini telah di e-mail kepada aku oleh macai UMNO yang menggunakan nama Mari Undi melalui e-mail adress rakyat1@mariundi.com

Lagi gambar mangsa yang cedera 'Teruk' itu sila lihat di ( SINI )

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails