Wednesday, April 3, 2013

Lahad Datu: Penduduk Persoal Kenapa Mayat Pengganas dikebumi di Kampung mereka..


Agak malang kepada pihak polis kita yang dijadikan mangsa oleh pengganas ini sehingga 8 orang daripadanya gugur di Lahad Datu dan Semporna.

Bagaimanapun, kemudiannya kita mendapat tahu bahawa pihak polis jugalah yang bertungkus-lumus menyempurnakan mayat-mayat pengganas yang telah berjaya ditembak mati oleh pasukan keselamatan kita (polis/tentera) dan TELAH DIKEBUMIKAN DIPELBAGAI LOKASI SELURUH SABAH!

Persoalannya kenapa?

Menurut info, pengganas yang ditembak mati itu SEBENARNYA adalah RAKYAT SABAH WARGANEGARA MALAYSIA yang mempunyai KAD PENGENALAN SAH dan mereka dikuburkan berdasarkan alamat pada kad pengenalan tersebut.

Siapa yang memberi mereka kad pengenalan? Bila?

Persoalan berikutnya, berdasarkan alamat pada kad pengenalan, mereka sepatutnya mempunyai saudara-mara di kampung-kampung yang dicatat dalam kad pengenalan tersebut, iaitu tempat mereka dikuburkan.

Sepatutnya ada saudara-mara yang datang mengecam, mengaku dan menuntut mayat-mayat tersebut. Anih sekali, INI TIDAK BERLAKU SAMA SEKALI!

Tiada yang mengaku dan menuntut mayat-mayat tersebut. Mudah sahaja. Mereka tidak pernah tinggal di kampung yang disebut, jauh sekali pula mempunyai saudara-mara atau keluarga di situ.


Di Keningau 4 mayat pengganas dari Lahad Datu dikebumikan tanpa kebenaran PJKKK. Bantahan telah dibuat.

Manakala di Tuaran, urusan pengkebumian 6 orang pengganas dari Lahad Datu telah dilakukan pada waktu malam di Perkuburan Islam Kuala Mantinggi, Simpangan.

Urusan pembacaan doa dilakukan oleh Tuan Hj Razali dan diseliaurus oleh Polis Tuaran.

Apa yang jelas, semua orang Tuaran tahu kalau Tuan Hj Razali adalah penyokong UMNO dari Bolong Baru dan anak beliau saudara Kassim merupakan Setiausaha Politik Datuk Hj Hajiji Noor sekarang.

Menurut orang Kampung Simpangan, urusan pengkebumian mayat2 tersebut juga tanpa mendapat restu dan sokongan masyarakat kampung sendiri.

Bagaimanapun agak terlambat orang kampung membantah kerana pengkebumian telahpun dilakukan tanpa pengetahuan masyarakat kampung.

Jangan lupa berhubung dengan perbelanjaan menyeliaurus kesemua mayat-mayat itu, siapa yang membayar dan disediakan oleh siapa?

Ini juga bermakna UMNO/BN Tuaran sangat maklum akan perkara tersebut? Jadi siapakah pengganas ini kepada mereka?

Saya sepertinya terhidu ada sesuatu yang tidak kena dan tidak betul di sini. Ada sesuatu yang coba disembunyikan daripada pengetahuan rakyat!

Ingat, nyawa dan keselamatan rakyat sedang dipertaruhkan di sini. Itu yang berlaku sekarang di Lahad Datu dan Semporna.

Kenapa? Kenapa? Kenapa?


~ Keadilan Tuaran

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails