Monday, April 29, 2013

Kepala Batas menanti masa untuk tumbang...


Tertekan dengan kempen calon PAS parlimen Kepala Batas, Afnan Hamimi Taib Azamudden yang semakin mendapat sambutan penduduk parlimen itu, papan tanda besar yang dipasang di persimpangan Lebuhraya PLUS di Bertam menjadi mangsa!

Menurut pengirim gambar tersebut, kejadian ini dikesan semalam apabila petugas kempen melalui kawasan berkenaan dan terkejut apabila melihat papan tanda tersebut sudah diconteng dengan perkataan yang biasa Umno lakukan, BABI.

Apa yang peliknya, papan tanda besar memaparkan calon Barisan Nasional (BN) parlimen itu, Reezal Marican Naina Marican dan calon DUN Pinang Tunggal, Roslan Saidin yang dipacak bersebelahan dengan papan tanda milik calon PAS itu tidak pula dirosakkan dan tiada tanda-tanda sabotaj berlaku.


Beberapa penduduk yang kesal dengan kejadian tersebut melaporkan perkara itu kepada petugas kempen Afnan dan meminta supaya laporan polis dibuat bagi meminta pihak berkuasa menyiasat siapakah dalang yang mensabotaj papan tanda yang sudah diletakkan sejak penamaan calon 20 April lalu.

Jika dilihat kepada kedudukan papan tanda berkenaan, jelas BN sememangnya marah dengan papan tanda calon PAS itu kerana ia diletakkan betul-betul di tengah-tengah antara simpang tiga laluan masuk ke lebuhraya sedangkan papan tanda calon BN kelihatan tersudut dan condong ke kiri.

Inilah punca mengapa papan tanda calon PAS berkenaan diconteng dengan perkataan tersebut dipercayai oleh penyokong Umno yang sudah tertekan dengan sambutan yang diberikan kepada Afnan walaupun baru kali pertama bertanding di parlimen itu.

BEKAS ahli parlimen Kepala Batas yang juga BEKAS perdana menteri, Abdullah Ahmad Badawi pastinya akan merasa malu besar kerana sepanjang dia menjadi wakil rakyat di parlimen berkenaan sejak 1978 hinggalah digugurkan dalam pilihan raya kali ini, belum pernah terjadi insiden sabotaj yang memalukan Umno dilakukan kerana penduduk Kepala Batas menghormati antara satu sama lain.


Tetapi sejak Reezal disahkan bertanding dan memulakan kempen, bermacam-macam perkara yang tidak sepatutnya dilakukan sudah pun terjadi.

Tidak pula dapat dipastikan apakah perbuatan tidak bertamadun ini dilakukan penyokong Umno sendiri kerana sebelum nama Reezal diletakkan, beberapa siri boikot sudah dizahirkan oleh mereka kerana Reezal bukanlah anak tempatan tetapi sebaliknya dia merupakan calon payung terjun menggantikan Abdullah.

Kain rentang yang digantung di kawasan Kampung Pinang Tunggal beberapa hari sebelum penamaan calon 20 April lalu membuktikan pemimpin Umno bahagian jelas tidak bersetuju dengan pencalonan Reezal yang disokong presiden Umno, Najib Razak.


Lagipun Reezal bukanlah Melayu tulen sebaliknya berketurunan mamak seperti yang dikatakan penyokong Umno sendiri dan kebetulan BEKAS ahli parlimen Tasek Gelugor yang bersebelahan dengan Kepala Batas juga seorang mamak!

Persoalannya mengapa baru sekarang ahli Umno mempersoalkan darah dan keturunan calon pilihan presiden mereka sendiri sedangkan Nor Mohamed Yakcop menyandang kerusi tersebut selama dua penggal berturut-turut?

Pak Lah yang terang-terang menolak dicalonkan semula kali ini membuatkan Najib mati kutu untuk mencari penggantinya yang setaraf atau paling tidak boleh diterima oleh penduduk setempat.

Tetapi dengan hadirnya Reezal membuatkan jentera Umno kini berada dalam keadaan defensif dan tidak bermaya hingga sanggup mensabotaj papan tanda parti lawan.

Apakah ini kesan dari penerapan konsep Islam Hadhari yang dilaungkan Pak Lah sendiri semasa menjadi perdana menteri?

Hanya orang Kepala Batas tahu jawapannya selepas 5 Mei nanti ~ Jalan Pulang

Jangan lupa malam ini di Permatang Pauh


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails