Tuesday, March 12, 2013

Video samseng UMNO ugut nak bakar Ibu Pejabat PKR, tersebar!!.. Saksikan betapa ganasnya mereka..


Dalam insiden yang menyebabkan seorang kakitangan cedera dan harta benda rosak petang semalam di hadapan ibu pejabat KEADILAN di Petaling Jaya hampir 30 samseng UMNO telah terlibat.

Kakitangan yang cedera, S Balakumaran berkata, lehernya terkena kayu, manakala dadanya dibaling batu dan telur.

“Pada mulanya, mereka bakar bendera parti. Kemudian, mereka patahkan kayu bendera dan baling sehingga terkena leher saya dan luka. Mereka juga baling telur dan batu ke arah dada saya,” katanya ketika dihubungi.

Beliau memaklumkan kekecohan yang bermula kira-kira jam 5 petang itu berlangsung selama sejam.

Sementara itu, Setiausaha Kerja Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Syed Badli Shah Syed Othman menyelar perbuatan samseng berkenaan yang menyebabkan kerosakan beberapa kemudahan.

“Mereka buat kecoh dan baling telur, batu dan kayu. Kira-kira 4 kakitangan ibu pejabat terkena telur.


 Logo parti di pintu utama pecah dan tiang tempat letak kereta Setiausaha Agung KEADILAN (Datuk Saifuddin Nasution Ismail) patah,” katanya.

Katanya lagi, turut kelihatan bersama samseng itu adalah Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin dan Yang DiPertua GAPS Shah Alam, Wan Indra Putra Ahmad.

Katanya, mereka mendakwa kononnya datang untuk membantah kenyataan Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berhubung pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu.KEADILAN membuat laporan di Balai Polis Tropicana, Petaling Jaya berhubung insiden itu.






Part 4 sila lihat di SINI

Buat yang tertanya-tanya mengapa kebelakangan ini sering kita lihat samseng-samseng UMNO bermaharajalela mengganas.. ini adalah apa yang telah diarahkan buat mereka.. seluruh aktiviti Pakatan Rakyat terutamanya siri-siri ceramah akan diganggu!

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails