Saturday, March 16, 2013

Ini adalah Video NGO mesra UMNO menyerang kereta Tian Chua di Pulau Pinang .. Saksikan!!


Bila mereka mula merasakan bahawa diri mereka lebih berkuasa dari sang penguasa inilah jadinya...

Perbicaraan sedang berjalan, tetapi oleh kerana telah diperbodohkan oleh media tunggangan UMNO.. mereka telah menghukum Tian Chua sebagai bersalah..

Dan mahu melaksanakan hukuman secara ikut suka mereka seolah-olah kita hidup di dalam hutan rimba..

Sekumpulan 50 lelaki yang mendakwa mewakili pelbagai NGO bertindak ganas malam tadi ketika kereta dinaiki Naib Presiden PKR Tian Chua meninggalkan bangunan Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang kira-kira jam 11.15 malam tadi.

Tian Chua - yang dituduh di mahkamah bawah Akta Hasutan pada Khamis lalu ekoran didakwa mengaitkan Umno dengan penceroboh Lahad Datu - sebelum itu bercakap di majlis makan malam PKR di Jalan Masjid Kapitan Keling.

Kumpulan itu menendang kereta, menumbuk cermin kereta serta membaling topi keledar dan botol air mineral ketika kereta itu meninggalkan tempat berkenaan.

"Mana Tian Chua? Tian Chua musuh negara!" jerit seorang lelaki, sementara rakannya dalam kumpulan itu kemudiannya menyambung: "Saya ada kawan yang mati di Lahad Datu." ~ Malaysiakini

Ini adalah Video NGO mesra UMNO menyerang kereta Tian Chua di Pulau Pinang .. Saksikan!!






Apa lidah rasmi UMNO laporkan??..

GEORGE TOWN 16 Mac - Kekecohan berlaku di luar Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang iaitu lokasi majlis Makan Malam Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Jalan Masjid Kapitan Keling dekat sini apabila lebih 100 ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membantah kehadiran Naib Presiden PKR, Tian Chua.

Mereka berkumpul sejak pukul 8 malam dan melaungkan slogan anti Tian Chua ketika ketibaan beliau.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng yang turut berada di lokasi mengesahkan seorang lelaki turut ditahan. - UTUSAN ONLINE

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails