Tuesday, March 19, 2013

NGO Antarabangsa dedah Video bagaimana Taib Mahmud salahguna kuasa untuk bina harta.. ini videonya..


Kumpulan aktivis antarabangsa hari ini menunjukkan bukti video yang didakwa sebagai penyelewengan tanah di Sarawak melibatkan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan keluarganya, yang klip videonya disiarkan di siaran berita Al-Jazeera jam 10 pagi tadi.

Dalam penyiasatan yang dirahsiakan, Global Witness (GW) dalam video tersebut menyamar untuk berunding dengan sepupu Abdul Taib dan beberapa orang untuk mendapatkan ribuan hektar tanah hutan, yang didakwa aktivis yang berpengkalan di London itu sebagai pendedahan rasuah secara sistematik di negeri terbesar Malaysia itu.

“Filem tersebut membuktikan pertama kali apa yang kami syaki selama ini - satu golongan elit di sekeliling Ketua Menteri Taib menyalahgunakan secara sistematik sumber asli untuk kepentingan mereka,” kata Tom Picken, wakil di Global Witness dalam kenyataan yang diedarkan hari ini.

“Ini menunjukkan cara mereka lakukan dan bagaimana mereka mereka terlepas dari undang-undang.”

Dalam video tersebut, penyiasat GW itu menyamar menjadi pelabur luar, menunjukkan beberapa keratan video tentang perbualan dengan sepupu dan peguam Ketua Menteri Sarawak, untuk membeli tanah dengan keuntungan di mana akan menyebabkan orang asal di kawasan tersebut akan kehilangan tanah.

Dalam perbualan yang dirakamkan dengan Fatimah Abdul Rahman dan Norlia Abdul Rahman, yang merupakan anak kepada bekas ketua menteri Tan Sri Abdul Rahman Ya’akub dan sepupu kepada ketua menteri — memberitahu bagaimana perniagaan berjalan di Sarawak untuk memperkayakan golongan elit.

Fatimah: Ample Agro ialah milik keluarga saya, tapi milik kakak saya. Jabatan Tanah dan Ukur, mereka yang keluarkan lesen, sudah pasti mereka menerima arahan dari Ketua Menteri, tetapi saya boleh cakap dengan Ketua Menteri dengan senang.

GW: Anda boleh?

Fatimah: Ya.

GW: Kenapa anda rasa dia bersetuju?

Fatimah: Kerana dia yang beri tanah kepada kami. Dia sepupu saya [ketawa]. Maknya dan ayah saya adalah adik beradik. Dia sepupu saya jadi semuanya senang.

Adik beradik tersebut berkata mereka memiliki 5,000 hektar tanah yang diberikan kepada mereka oleh Abdul Taib, dimana mereka mahu menjual syarikat mereka. Ample Agro, yang dikatakan syarikat ali baba.

GW: Kamu bercadang, Ample Agro, yang merupakan syarikat kamu, untuk dijual, dan bukannya tanah tersebut. Adakah syarikat kamu memiliki tanah tersebut?

Norlia: Ya, saya beli syarikat tersebut sebagai syarikat ali baba untuk membeli tanah ini.

Peguamnya, Alvin Choong juga dirakam dalam video tersebut bagaimana untuk mengelak cukai hartanah.

Seorang lagi peguamnya dirakam cuba menjual tanah ayah saudaranya, seorang ahli perniagaan di Sibu yang mempunyai hubungan rapat dengan Abdul Taib, yang berkata 10 peratus dari pendapatan perniagaan mestilah ke ketua menteri sebagai komisen.

Dalam kenyataannya, GW mendakwa pegawai senior kerajaan dan seorang eksekutif syarikat pembalakan berkata ia adalah amalan yang standard di Sarawak kepada syarikat untuk membayar komisen kepada Abdul Taib sebagai habuan bersetuju untuk memberi lesen pembalakan atau perladangan. Peguam di London mewakili ketua menteri menafikan dakwaan tersebut, kata NGO itu dilaporkan.

“Kerajaan Sarawak mengeluarkan lesen untuk tanah dengan cukup terkawal. Ini adalah sebahagian dari pentadbiran, bukannya bertujuan politik.

“Klien kami tidak pernah meminta atau menerima rasuah sebagai pemberian lesen atau pajakan tanah.

“Beliau tidak mengeluarkan sebarang ‘arahan’, yang salah untuk kepentingan sepupunya,” kata Mishcon de Reya, peguam Taib.

Abdul Taib, 76, menjadi ketua menteri Sarawak selama 32 tahun, memegang jawatan tersebut sejak Mac 1981.

Kekayaan beliau mencetuskan banyak kontroversi, dengan banyak dakwaan beliau memperoleh kekayaan tersebut dengan cara yang melanggar undang-undang ~ The Malaysian Insider



HOW DOES CORRUPTION AFFECT SARAWAK’S PEOPLE?

Corruption is destroying the fabric of Sarawak’s society and squandering the state’s natural resources. The region’s indigenous people have born the brunt of this. Ancestral land to which they have claims has been routinely licensed for logging and plantations, badly damaging their livelihoods and violating their rights under Sarawak and Malaysian law. This has trapped many communities in a cycle of poverty and dependency.

Moreover, corruption affects the future well-being of all Malaysian citizens. This investigation demonstrates how money that should be driving development is being lost to corruption and hidden in secrecy jurisdictions overseas. Malaysia is thought to be the world’s third largest source of such illicit financial flows, losing the country an estimated US$285 billion (RM863 billion), or over US$43,000 (RM130,000) perhousehold between 2001 and 2010. This is money that could have been spent on improving key services and quality of life for ordinary Malaysians ~ Global Witness

Hmmm.. kalau tak silap aku, kes salahguna kuasa oleh Taib Mahmud ni dah lama disiasat SPRM.. yang hairannya siasatan tak sudah-sudah... apa kejadah ni?

Dalam kes ini pula pengakuan kaum keluarganya sudah ada dan amat jelas sekali.. tapiii.. kita jangan haraplah SPRM nak siasat.. sebab Taib Mahmud ni pemimpin dari BN.. kalau dari Pakatan Rakyat.. tak ada yang yang buat laporan pun akan disiasat...

Macai UMNO yang menyibuk dalam Blog ni tentu lebih kaya raya dari Taib Mahmud ni.. sebab tu diaorang tak kisah walau harta negara dijarah...

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails