Sunday, March 17, 2013

Tengok nih!! UMNO Permatang Pauh ni nak tolak fitnah atau nak sebar fitnah ni?

Mula-mula korang baca dulu laporan dari Bernama mengenai risalah yang akan diedarkan di Permatang Pauh ni..

BUKIT MERTAJAM, 16 Mac - Pergerakan Pemuda Umno bahagian Permatang Pauh hari ini mengedar kira-kira 100,000 risalah penerangan berhubung kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada orang ramai di kawasan parlimen berkenaan.

Ketua Pemudanya Mohd Zaidi Mohd Said berkata usaha itu adalah sebahagian daripada gerak gempur pihaknya bagi memberi penjelasan kepada penduduk tentang apa yang telah dilakukan kerajaan dan kelebihan BN berbanding pembangkang.

"Hari ini seramai 1,000 sukarelawan yang terdiri daripada Pemuda dan Wanita Umno Permatang Pauh hadir bagi mengedar 100,000 risalah kepada penduduk.

"Pelbagai maklumat antaranya berkaitan usaha kerajaan BN membantu rakyat seperti BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia), apa yang telah dan akan dilakukan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan isu-isu semasa disebarkan agar penduduk faham perkara sebenar," katanya kepada pemberita.

Program '100,000 Gempur Permatang Pauh' itu dirasmikan Timbalan Pengerusi Umno Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir.

Turut hadir Ketua Bahagian Umno Permatang Pauh Datuk Abdul Jalil Abdul Majid. Mohd Zaidi berkata program itu juga merupakan isyarat kepada Anggota Parlimen Permatang Pauh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ketua Pembangkang bahawa Umno akan memberikan tentangan hebat kepadanya.

Katanya pihaknya juga telah memasuki kubu kuat Anwar di kawasan parlimen itu dan mendapat maklum balas positif daripada pengundi.

"Saya nak beritahu Anwar, Umno terutama Pemuda akan menggempur habis-habisan dan memberikan tentangan kepadanya pada pilihan raya umum nanti. Kami juga akan pastikan dia tidak memperoleh keputusan yang mudah untuk menang kerana jentera BN telah bekerja keras sejak beberapa tahun lepas bagi merampas kembali kerusi parlimen ini," katanya ~ Bernama

OK... kata Ketua Pemuda Umno bahagian Permatang Pauh, Mohd Zaidi Mohd Said yang kerugian lebih dari RM100,000 apabila rumahnya dipecah masuk baru-baru ini.. ( baca di SINI ) 1,000 sukarelawan yang terdiri daripada Pemuda dan Wanita Umno Permatang Pauh hadir bagi mengedar 100,000 risalah kepada penduduk.

1,000 sukarelawan??.. kah.. kah.. kah.. tapi orang kata ciput sangat yang datang gerak gempur UMNO tu..

Tak apa.. mungkin mereka dari pasukan elit.. err.. macam Komando lah.. Sebab tu tak ramai yang turun gerak gempur tu...

Kononnya.. Pelbagai maklumat antaranya berkaitan usaha kerajaan BN membantu rakyat seperti BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia), apa yang telah dan akan dilakukan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan isu-isu semasa disebarkan agar penduduk faham perkara sebenar..

Cuba korang lihat risalah-risalah yang sudah mula diedarkan dalam kawasan Permatang Pauh ini.. ada tak risalah penerangan mengenai usaha BN selain dari risalah menyerang Anwar Ibrahim..



Yang paling aku tak faham ialah TG Nik Aziz yang tak bertanding di Permatang Pauh pun menjadi mangsa..

Pasal apa agaknya kali ini risalah hanya di fotokopi.. tak di cetak dalam bentuk warna agaknya?? Untuk besar nampaknya yang mengelolakan program ini..

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails