Tuesday, March 19, 2013

Superstar Korea, Psy buktikan ancaman bunuh terhadapnya hanyalah alasan nak cover malu BN Pulau Pinang...


Ketika Barisan Nasional Pulau Pinang mengadakan sambutan Tahun Baru Cina awal tahun lalu dengan menjemput Superstar dari Korea Selatan, Psy yang popular melalui tarian 'Gangnam Style' banyak insiden yang benar-benar memalukan Najib telah berlaku..

Selain dari mengambil tempat sebagai pengacara majlis untuk menjemput Psy naik ke pentas dan meneriba jawapan 'NOOOO' bila beliau bertanya kepada rakyat Pulau Pinang 'Are you ready for BN?', Najib juga telah dimalukan bila dibiarkan menganga di atas pentas oleh Psy yang enggan bersamanya menggaul 'Yee Sang'.

Video insiden yang memalukan Najib itu sila lihat di ( SINI ) dan juga di ( SINI )

Nak cover malu punya pasal berikutan insiden itu, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chang Yeow mendakwa nyawa Psy diancam ini menyebabkan beliau takut untuk naik ke atas pentas bagi mengaul 'Yee Sang' bersama Najib dan gerombolannya..

Apabila dicabar mengemukakan bukti oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng... tiada bukti yang di berikannya... (sila baca di SINI)

Dan akhirnya kisah nyawanya diancam seperti yang didakwa oleh  Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang itu terbukti benar sebagai cerita nak cover malu sahaja.. kerana Superstar dari Kore Selatan tersebut telah sekali lagi mengadakan persembahan di Malaysia..

Psy Sabtu lalu telah mengadakan persembahan di Festival Future Musia Asia (FMFA2013) yang berlangsung di Litar Sepang, Kuala Lumpur.

Dalam konsert itu, superstar Korea itu turut mengumumkan bahawa dia tidak akan menyanyikan lagu 'berhantunya', Gangnam Style, di mana-mana konsert mahupun acara hiburan selepas ini.

Pengumuman secara rasmi itu dibuat oleh bintang sensasi Korea itu sendiri sewaktu membuat persembahan di hari kedua konsert FMFA2013.

"Sejak Julai tahun lalu, kini hampir sembilan bulan lagu ini telah membawa saya menjelajah dan membuat persembahan di serata dunia. Lagu ini juga yang membuatkan saya mampu berdiri di hadapan anda semua.

"Saya juga sudah tidak merasakan diri saya manusia lagi, saya kuda. Jadi, saya dengan rasminya mengumumkan bahawa persembahan Gangnam Style ini adalah yang terakhir, di sini, di Kuala Lumpur!

"Tiada lagi persembahan Gangnam Style kerana selepas ini saya teruja untuk memperdengarkan single terbaharu saya yang akan diedarkan pada 13 April ini", kata PSY seperti dipetik portal MD oleh  DCM

Takkanlah sekali nyawanya telah diancam, dia masih berani nak pertaruhkan nyawa datang ke Malaysia lagi kot... Bodoh sekali alasan Pengerusi BN Penang itu...

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails