Tuesday, March 12, 2013

Samseng UMNO mengaku diupah RM20 untuk baling telur..

Di Pulau Pinang, upah yang dibayar kepada sekumpulan remaja yang kebanyakkannya masih belum boleh mengundi bagi memasang bendera 1Malaysia adalah RM250.

RM100 dibayar sebelum kerja-kerja memasang bendera tersebut, manakala bakinya setelah selesai majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran Barisan Nasional Pulau Pinang yang telah memalukan Najib itu.

Bagaimanapun Barisan Nasional Pulau Pinang enggan mengaku bendera 1Malaysia kebanggan Najib itu ada kaitan dengan Barisan Nasional setelah pihak MPPP mengeluarkan saman terhadap mereka kerana telah memasang bendera 1Malaysia hingga menyemak Pulau Pinang.

Sila baca di ( SINI ) laporan tersebut..

Manakala upah bagi remaja-remaja untuk hadir bagi meramaikan majlis yang dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri di Kelantan pula ialah RM15.

Jumlah upah tersebut telah diakui oleh beberapa orang remaja yang telah hadir dalam majlis Muhyiddin itu.. videonya sila lihat di ( SINI ).

Semalam pula satu demonstrasi telah diadakan di hadapan Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, lebih kurang 30 orang telah hadir mencetuskan huru-hara di hadapan pejabat itu.

Mereka telah membaling kayu dan juga telur ke bangunan Ibu Pejabat itu malah ada juga yang telah mengeluarkan ugutan untuk membakar bangunan tersebut.

Meskipun kerja-kerja yang mereka lakukan itu merisikokan mereka ke penjara, namun upah yang diterima adalah sangat sedikit sekali, tidak memadai dengan keganasan yang mereka lakukan..

Malah jika upah tersebut ditawarkan kepada Mat Bangla sekalipun, kemungkinan mereka tidak mahu mengambil upah melakukan kerja-kerja tersebut adalah tinggi..

Menurut seorang individu yang mendakwa telah bersama melakukan keganasan itu, upah yang dijanjikan kepadanya hanyalah RM20 sahaja..

Lebih malang lagi.. kerja dah dibuat..upah tak dapat-dapat...


Berapa agaknya orang tengah dah sapu??

Kesiannn.. RM20 saja yang dapat..

Macai dibayar RM20.. tapi Blogger Mat Salleh, Najib bayar USD389,724,70.. baca di ( SINI )

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails