Friday, March 8, 2013

Sah! Anwar adalah Dalang Pencerobohan Di Sabah, macai UMNO kata berdasarkan video ini..


Benarlah apa yang didakwa oleh Tun Mahathir bahawa dalam UMNO sekarang yang tinggal hanyalah kumpulan manusia yang bodoh dan bangang..

Semakin hari semakin terserlah kebodohan mereka melalui tindakan yang mereka zahirkan.

Dalam mencari sebab untuk mengaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai dalang pencerobohan Tentera Sultan Sulu ke Sabah terserlah lagi kebodohan mereka..

Hanya kerana Anwar Ibrahim menyanyikan lagu buat Najib yang mana antara rangkap lagunya ialah "Tanya sama najib apa sebab goyang, Nanti jawab Najib Sabah nak hilang".. mereka menjadikannya sebagai sebab untuk mengaitkan Anwar dengan pencerobohan di Sabah.

Malang buat negaraku Malaysia kerana ada rakyatnya yang bodoh sebegitu rupa..

Bukan saja pencacai UMNO/BN yang bodoh hingga tidak mampu untuk menggunakan otaknya untuk memikirkan adakah lojik dengan hanya serangkap lagu Sabah boleh diceroboh, malah seorang Ahli Parlimen yang dipecat dari PKR juga mendakwa perkara yang sama..

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkiflee Nordin dalam TV3 tadi turut mengulas mengenai lagu yang dinyanyikan oleh DS Anwar Ibrahim itu..

Kononnya menurut beliau kerana  DS Anwar menyanyi lagu tersebut dan Sabah pun diceroboh..

Kenapa beliau tidak mengulas mengenai persoalan asas yang masih tidak terjawab hingga kini yang antaranya ialah..

~ Bagaimana mereka boleh melepasi empat agensi penguatkuasa iaitu Polis Marin, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), Kastan Diraja Malaysia dan TLDM.?

~ Bagaimana mereka gagal dikesan oleh 12 radar dengan kemampuan mengesan pergerakan kapal mahupun bot kecil pada jarak 100 kilometer?

Lagi persoalan yang tak terjawab sila lihat di ( SINI )

Kenapa beliau tidak membicarakan tentang bagaimana sukarnya anggota keselamatan yang sedang menjejak Tentera Sultan Sulu dalam mencari yang mana satu  Tentera Sultan Sulu kerana hampir semua penceroboh itu dikatakan memiliki IC?

Awatlah makin bodo dia ni?.. tak sia-sialah PKR sepak dia keluar.. semakin tua semakin bodoh rupanya dia..

Ini adalah video yang menurut pencacai UMNO dalah bukti sahih bahawa Anwar adalah Dalang Pencerobohan Di Sabah.. Saksikan!!


Kah.. kah.. kah.. macai UMNO yang buat kerja ni mesti SRP pun tak pass.. sebab bodoh melampau.. atau mungkin juga sedang mabuk..

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails