Tuesday, March 5, 2013

Penggunaan Jet Pejuang Satu Pembaziran/Kekejaman Melampau - Suara Pakatan Rakyat


Sekali lagi Blog yang tak ada kena mengena dengan Pakatan Rakyat tetapi menggunakan nama Suara Pakatan Rakyat ini cuba menimbulkan rasa kurang senang rakyat Malaysia terhadap Pakatan Rakyat.

Dalam artikel yang disiarkan hari ini Admin Blog Suara Pakatan Rakyat telah mempertikaikan akan serangan yang dilakukan oleh Angkatan Tentera Malaysia terhadap penceroboh dari Filipina yang mengelarkan diri mereka sebagai Askar Kesultanan Sulu.

Bagi penulis yang juga dipercayai sebagai Admin blog tersebut tindakan atau pendekatan yang diambil oleh pihak Angkatan Tentera Malaysia yang menggunakan jet pejuang untuk menyerang itu adalah satu pembaziran.

Malah ianya juga adalah satu kekejaman melampau menurut Admin yang hanya berani baling batu sembunyi tangan itu (Tak ada telor orang kata).

Diakhir penulisannya yang di ‘copy n paste’ di bawah ini, Admin yang tak ada telor itu juga mencadangkan ATM menggunakan pelancar roket berganda jenis Astros II yang berkemampuan melancarkan serangan dari jarak jauh kalau ATM takut sangat tenteranya mati.

Dan entah siapa yang mewakilkan kepada pengecut itu sebagai wakil kepada Pakatan Rakyat untuk menuntut penjelasan dari Perdana Menteri akan tindakan ATM itu..

“Pakatan Rakyat dengan ini menuntut penjelasan dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, apakah kewajaran membenarkan penggunaan senjata berkuasa tinggi ini oleh angkatan tentera kita dalam menghapuskan musuh yang berada dalam skala yang begitu kecil?”.. tulis manusia bacul itu..

Yang ariff dalam hal ketenteraan tolong jangan ketawa bila membaca artikel manusia bacul ini..


Penggunaan Jet Pejuang Satu Pembaziran/Kekejaman Melampau


ENTAH dari mana pemikir angkatan tentera kita mendapat idea, untuk menumpaskan sekumpulan kecil pasukan gerila seumpama pasukan tentera diraja Sulu ini perlu menggunakan pesawat pejuang?

Itulah yang memeranjatkan laman ini bila dimaklumkan bahawa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggunakan 3 buah pesawat pejuang F/A18D Hornet dan 5 buah pesawat Hawk MK 108/208 untuk menyerang kedudukan tentera diraja Sulu di Kampung Tandao.

Bukankah itu satu pembaziran? Serang sebuah kampung dengan menggunakan jet pejuang?

Setiap pesawat F/A18D Hornet dan Hawk MK 108/208 mampu membawa sekurang-kurangnya 2 buah bom jatuhan bebas (free fall) seberat 500 lbs atau 250 lbs setiap satu.

Setiap sebiji bom ini berharga sekitar RM 2 juta dan dengan 16 biji yang digunakan, ia bermaksud kerajaan membelanjakan wang rakyat sebanyak RM 16 juta untuk bom (belum termasuk operasi pesawat) – dan itu hanya untuk operasi di udara sahaja.

Kita masih ada lagi operasi moping dan tempur di darat oleh pasukan Gerak Khas Komando, tentera dan polis, menggunakan pelbagai jenis kenderaan dan senjata yang turut menggunakan kos yang tinggi.

Selain itu, penggunaan bom berkuasa tinggi seperti itu turut menjadi persoalan dari segi kewajaran, memandangkan tentera diraja Sulu berkenaan hanya menggunakan senjata pegangan tangan (hand held weapon) seperti rifle M-16, RPG, mortar dan pelancar grenad.

Wajarkah kuasa tembakan sebesar itu digunakan untuk menghapuskan ancaman kecil seperti ini?

Malah ada berita yang tidak disahkan menyebut, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), turut melancarkan peluru berpandu bawah air ke permukaan jenis Exocet SM-39 dari kapal selam jenis Scorpene untuk memusnahkan ancaman tentera diraja Sulu ini!!

Semua ini membuktikan dengan begitu ketara sekali bahawa kerajaan BN hanya berminat untuk menghapuskan tentera diraja Sulu tersebut. Permohonan bekas gabenor Mindanao, Nur Misuari supaya rundingan digerakkan semula, nampaknya tidak dilayan oleh kerajaan BN.

Sebaliknya permintaan itu dibalas dengan serangan besar-besaran yang lebih kepada mahu menunjukkan kekuatan, berbanding menumpaskan tentera diraja Sulu itu.

Dari segi kemanusian pula, apakah nasib tentera diraja Sulu itu setelah kekuatan seperti ini digunakan? Ketepikan dulu penggunaan peluru berpandu dari kapal selam Scorpene itu, kita cerita soal penggunaan bom itu sahajalah.

Adakah ia wajar? Inikah yang dinamakan ‘jantan’?

Laman ini melihat, penggunaan semua persenjataan berkuasa tinggi ini sekadar membuktikan kerajaan Malaysia ini pengecut kerana menggunakan kekuatan udara yang tidak dimiliki tentera diraja Sulu untuk menghapuskan mereka.

Suarapakatanrakyat.com boleh menerima kalau tentera nak menggunakan pesawat Hawk MK 108/208 kerana pesawat-pesawat itu memang dikhususkan untuk serangan aras rendah sahaja. Tapi Hornet? Itukan pesawat canggih yang dikhususkan untuk pertempuran udara-udara (dogfight) dan serangan pada waktu malam!!

Lagipun laman ini berpandangan, aset-aset sedia ada di darat seperti kereta kebal utama (MBT) PT91M Pendekar yang dimiliki tentera darat, sudah cukup untuk menghapuskan semua ancaman tersebut.

Atau paling tidak, pelancar roket berganda jenis Astros II yang turut berkemampuan melancarkan serangan dari jarak jauh kalau ATM takut sangat tenteranya mati.

Pakatan Rakyat dengan ini menuntut penjelasan dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, apakah kewajaran membenarkan penggunaan senjata berkuasa tinggi ini oleh angkatan tentera kita dalam menghapuskan musuh yang berada dalam skala yang begitu kecil?

Selain wang yang dibazirkan, ia juga menunjukkan hilangnya kemanusian kita kerana laman ini yakin dengan bom sebesar itu, hancur berkecailah mayat tentera diraja Sulu tersebut dan ini adalah merupakan satu bentuk kekejaman yang amat dahsyat!!

Sekali lagi aku siarkan disini.. Pakatan Rakyat (PR) pada 12 September tahun lalu telah memaklumkan bahawa gabungan parti politik itu tidak mempunyai kaitan dengan laman http://suarapakatanrakyat.com

Dalam satu kenyataan media bersama hari itu Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Pengarah Publisiti DAP Pusat, Tony Pua dan Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata PR ingin menyatakan bahawa kenyataan-kenyataan yang terdapat dalam laman tersebut tidak melambangkan dasar atau kedudukan politik parti-parti komponennya.

Dan ini Kenyataan DS Anwar Ibrahim mengenai Blog Suara Pakatan Rakyat..


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails