Monday, March 25, 2013

Patutlah depa demo.. yang dapat projek Terowong RM6.3 Billion tu bukan kroni depa..


Petang Jumaat lalu buat yang ke entah berapa puluh kali akupun tak pasti, satu lagi demonstrasi telah diadakan di Komtar, Pulau Pinang.

Seperti biasa demo yang kelihatan sudah menjadi rutin kepada macai-macai UMNO/BN Pulau Pinang ianya diadakan setelah berakhirnya solat Jumaat..

Demo kali ini melibatkan beberapa buah NGOk yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan di negeri Pulau Pinang ini..

Ianya diadakan bertujuan Projek Mega yang mahu dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang iaitu terowong bawah dasar laut di antara Persiaran Gurney di pulau dengan Bagan Ajam di tanah besar yang bernilai RM6.3 Bilion..

Ianya melibatkan pembinaan empat lebuh raya utama termasuk terowong bawah dasar laut berkenaan.

Pembinaan projek itu diserah kepada Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd iaitu syarikat tujuan khas yang dibentuk daripada lima syarikat - Zenith Construction Sdn Bhd, China Railway Construction (dua syarikat ini memegang keseluruhan 70 peratus ekuiti), Beijing Urban Construction Group (BUCG), Sri Tinggi Sdn Bhd dan Juteras Sdn Bhd yang masing-masing memiliki 10 peratus.

Yakin bahawa kebanyakkan yang menyertai demo tersebut gagal memahami apaa tujuan sebenar projek tersebut Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif untuk mengadakan sesi dialog mengenai projek ini.

Dan ianya telah diadakan pada 24 Mac 2013 (Ahad) bertempat di Dewan Besar Sungai Dua, Seberang Perai Utara pada jam 10.00 pagi. Dialog ini akan diadakan dalam Bahasa Malaysia.

Tujuan utama penganjuran dialog ini adalah untuk memberi penjelasan yang sebenar berkaitan dengan cadangan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang untuk menaiktaraf jalan-jalan utama di Pulau Pinang dan juga membina terowong bawah dasar laut yang menghubungkan Persiaran Gurney dan Bagan Ajam, Butterworth kepada masyarakat di Seberang Perai Utara (SPU) khususnya dan masyarakat Seberang Perai amnya.

Kira-kira 20 hingga 30 orang ahli PERKASA telah dilihat hadir dalam sesi dialog ini dan ini menimbulkan kesangsian.. huru hara apa yang akan mereka cetuskan pula kali ini..

Bagaimanapun kehadiran mereka kali ini tidak mencetuskan huru hara kerana mereka benar-benar hadir untuk mendengar apa penjelasan Ketua Menteri Pulau Pinang mengenai projek ini.

Mungkin mereka terkedu agaknya bila mengetahui bahawa Pengerusi Consortium Zenith BUCG Sdn. Bhd. kontraktor yang dipilih untuk membina infrastruktur tersebut adalah seorang Melayu yang bernama Datuk Zarul Ahmad Zulkifly..

Antara ucapan Zarul dalam sesi dialog itu..

"Dia (Kerajaan Negeri) tak tanya pun Zairul ini orang Umnokah atau orang apa, tetapi dia lihat atas rekod pencapaian kita (Zenith BUCG)...kita lawan secara tender terbuka dengan semua syarikat gergasi Malaysia.

"Salahkah saya (dari Zenith), seorang Melayu bergabung dengan sebuah syarikat dari China (BUCG) menawarkan harga paling murah untuk rakyat Pulau Pinang, mereka (pemimpin Barisan Nasional) memberi tohmahan kepada saya," soal beliau di depan hampir 300 warga tempatan, rata-rata Melayu.

Ucapan penuh beliau sila lihat video di bawah ini..



Sesi dialog berakhir dengan aman dan kumpulan ahli PERKASA tersebut dilihat bersalaman dengan orang ramai termasuk Zarul dan juga Guan Eng..

Macam tu kan elok...faham betul-betul baru lah pertikaikan kalau tak betul.. jangan mudah percaya cerita dari pemimpin UMNO (terutama yang berada di kerusi baris belakang sekali) yang tak puashati kerana bukan kroni mereka yang dapat projek ni..

err.. gambar tak ada.. sebab tak kecoh.. he..he..


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails