Monday, March 18, 2013

PANAS!! Zul Nordin diusir keluar dari Permatang Pauh... (Video Inside)


Sepertimana yang tertera pada poster di atas, semalam telah berlangsung satu ceramah politik di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu, Penanti dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh.

Menurut sumber kebenaran untuk menggunakan dewan Sekolah tersebut telah diberikan oleh Pengetua Sekolah itu dan beberapa orang Pegawai Polis telah dijemput untuk menghadirinya.

Pada malam ceramah dijadualkan itu telah timbul kekecohan berikutan bantahan dari penduduk setempat yang mempertikaikan kenapa ceramah politik dibenarkan diadakan di dalam kawasan Sekolah?

Anggota polis yang berada ditempat kejadian pula mengatakan mereka hanya diarahkan untuk mengawal hadirin dan menjaga keselamatan yang berada di dalam Dewan sahaja oleh itu kekecohan yang dicetuskan oleh penyokong Pakatan hendaklah di kawal oleh Pakatan sendiri..

Sedangkan selama ini pemimpin-pemimpin kerajaan UMNO/BN sendiri sering menegaskan agar jangan menggunakan Sekolah sebagai medan untuk berpolitik.

Bukan gentar dengan fitnah yang disebarkan oleh Zul Nordin dan Zahid Mat Arip tetapi menurut seorang penduduk, benci dengan sikap double standard kerajaan UMNO/BN..

Jika mereka itu dibenarkan menggunakan Dewan Sekolah sebagai pentas untuk berpolitik, kebenaran yang sama juga seharusnya diberikan kepada pihak Pakatan Rakyat.

Berikut adalah sedikit ulasan dari Admin FB Pakatan Rakyat Election News tentang kejadian..

Ceramah Zul Nordin ,Mursyidul Am TIBAI, dan Perkosa dikepung penduduk kampung di SMK Guar Perahu.. suasana di luar lebih ramai dari dalam..

sbb kena kepung.UMNGOK-Be End semakin terdesak..

Sambil mengedarkan seratus ribu risalah fitnah...mereka cuba mengetest market.. Zul Kulim menjadi ayam tambatannya..

Modalnya seperti biasa tak lain tak bukan memburuk-burukkan DSAI..

Tapi dia silap tempat..katak kurap sepertinya cuba masuk ke kandang harimau... Setiap patah perkataan yang diucapkannya disahut dengan laungan "Takbir" dan "Reformasi" oleh penduduk yang rata-ratanya penyokong kuat PR..

Tak sempat habis dia berucap penduduk yang hilang sabar mendesak dia berhenti... Kepungan dan pekikan orang ramai mengiring berambusnya sang katak UMNGOK ini..

Tambah menjadi kemarahan penduduk ialah UMNGOK menggunakan Dewan Besar SMK Guar Perahu..

Asal BN semua boleh... tapi kali ini boleh lingkup.diberitakan juga polis telah menangkap 1 orang menyokong Pakatan Rakyat, pun duduk kampung tidak mahu berganjak dari mengepong zul dan pengikutnya selagi pemuda itu dibebaskan...

difahamkan 3 lori fru dikerah ke tempat kejadian seawal majlis bermula..
Sedikit gambar untuk dikongsi bersama..

Suasana dihadapan dewan SMK Guar Perahu


Inilah jumlah sebenar pengunjung program Zul Kulim
Ini Video dari Malaysiakini..


Ini pula video dari FaceBook

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails