Monday, March 11, 2013

Blogger 'Tulang Besi' mengamuk di hadapan Ibu Pejabat PKR..


Boleh dikatakan kebanyakkan portal berita pro UMNO dan juga blog-blog pro UMNO menyiarkan laporan dan video tentang insiden blogger pro PR, Tulang Besi mengamuk di hadapan Ibu Pejabat PKR pagi tadi..

Ianya dilaporkan telah berlaku di sidang media PKR pagi tadi sewaktu bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim mengumumkan untuk menyertai PKR.

Aku pun tak faham apahal 'Tulang Besi' ni nak marah sangat kepada wartawan dari AgendaDaily yang bertanya samada Bapa Saiful, Azlan berani atau tidak bersumpah laknat untuk buktikan dia benar?
Bagi aku.. lantaklah dia nak tanya soalan apa sekalipun, samaada soalan bodoh ke atau apa saja jenis soalan itu tugas dia.. tak perlu dihalang, tak perlu diganggu..

Lagipun Pakatan Rakyat kan memperjuangkan kebebasan media.. selain itu aku diberitahu dalam sidang media tu.. tak ada dinyatakan apa jenis soalan yang boleh dan tidak boleh ditanya..

Ni aku petik dari AgendaDaily..

Blogger pembangkang Tulang Besi itu telah sergah wartawan Agendadaily (Noor Hasilah) gara-gara geram bertanya kepada Azlan berani tidak bersumpah laknat untuk buktikan dia benar.

Jawab soalan berkenaan,Azlan kata dia tidak mahu sumpah kerana anggap ia tidak bawa apa-apa makna.

Hairan apa salahnya tanya soalan berkenaan.Ini kerana itu antara jawapan yang semua orang nak tahu dari Azlan.

Ia adalah natural question yang patut ditanya oleh mana-mana wartawan mengenangkan Saiful sendiri dulu sudah sumpah laknat di dalam masjid Wilayah Persekutuan kerana dakwa benar Anwar liwat dia Ketika itu Azlan duduk disebelahnya.

Apa ke halnya si Tulang Besi Urat Dawai ini nak melatah macam orang sawan mabuk todi. Soalan lojik pun tak boleh tanya ke?

Selain anginpada wartawan Agendadaily dia juga mencerca Utusan,TV3 dan Berita Harian.

Amukannya itu hanya terhenti bila disabarkan oleh seorang yang berada dekat situ. Kebebasan media jenis apa yang kau orang belajar ..ekkks ~ AgendaDaily

Ini video kejadian..



Ini pula video dari KL Pos..



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails