Thursday, March 21, 2013

New Straits Times diberi 24 jam untuk mohon maaf atau berdepan tindakan undang-undang keran fitnah..


Semakin hampir pilihanraya meskipun hanya Rosmah dan Najib yang tahu bila tarikhnya.. semakin hebat serangan berupa fitnah disasarkan kepada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat oleh media-media yang dikawal UMNO..

Tak cukup dengan fitnah yang dilontarkan oleh Blogger-blogger peliharaan mereka.. media arus perdana pula cuba diperkudakan sepenuhnya..

Selain Utusan, Berita Harian dan tidak ketinggalan RTM dan TV3 kini satu lagi media yang dikongkong UMNO, New Straits Times hari ini juga telah turut serta dengan menyiarkan satu laporan yang menyeleweng dan berniat jahat.

Menurut Nurul Izzah beliau tidak pernah sekali-kali memperlekeh usaha anggota-anggota keselamatan yang berkorban dan memenuhi ikrar taat setia yang telah dilafazkan.

Sambil menegaskan bahawa isu yang diketengahkan adalah tindakan ahli-ahli politik di Putrajaya dalam menangani masalah keselamatan di Lahad Datu.

Ini antara apa yang New Straits Times siarkan..


Oleh itu New Straits Times diberikan 24 jam untuk memohon maaf melalui media digital dan cetak sebagaimana rencana berbaur fitnah itu telah disebarkan atau tindakan undang-undang akan diambil..

Ini Kenyataan Medianya..

Saya merujuk kepada rencana yang diterbitkan New Straits Times hari ini bertajuk "Nurul Izzah hits out at police", yang saya anggap berniat jahat dan telah menyeleweng ucapan yang telah saya berikan dalam satu ceramah di Jemapoh, Negeri Sembilan pada 19 Mac 2013.

Ingin saya nyatakan di sini bahawa saya menyokong sepenuhnya pihak keselamatan, khususnya anggota-anggota Polis Di Raja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia yang pada waktu ini sedang berjuang di perbatasan mempertahankan kedaulatan negara di bumi Sabah.

Saya tidak pernah sekali-kali memperlekeh usaha anggota-anggota keselamatan yang berkorban dan memenuhi ikrar taat setia yang telah dilafazkan. Saya menegaskan bahawa isu yang diketengahkan adalah tindakan ahli-ahli politik di Putrajaya dalam menangani masalah keselamatan di Lahad Datu. Saya bersependapat dengan kenyataan Lt Gen (B) Datuk Abd Ghafir dalam sidang media 13 Mac 2013 di mana beliau telah menyatakan kegagalan risikan - khususnya berkenaan insiden Lahad Datu - yang telah berlaku akibat aktiviti risikan yang difokuskan ke arah pengintipan perkembangan politik negara sejak tahun 2000.

Integriti kewartawanan yang bertanggungjawab adalah mercu tanda demokrasi di negara kita dan sedang kita melalui krisis yang mengancam keselamatan negara, saya berpendapat bahawa laporan yang tidak tepat dan menyeleweng itu harus ditarik balik dan saya menuntut New Straits Times memohon maaf dalam masa 24 jam melalui media digital dan cetak sebagaimana rencana berbaur fitnah itu telah disebarkan.

Saya telah mengarahkan peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas akhbar New Straits Times - alat sebaran propaganda UMNO-Barisan Nasional terbitan New Straits Times Press (Malaysia) Berhad - dengan serta-merta.

Saya sekali lagi menegaskan pendirian konsisten Pakatan Rakyat menggesa Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak mengadakan sidang Parlimen tergempar di samping kertas putih untuk mendalami krisis di Lahad Datu, demi keselamatan tanah air tercinta.

Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai
Naib Presiden KEADILAN

21 Mac 2013

Nampaknya tinggal fitnah sajalah yang ada pada pemimpin UMNO untuk mengekalkan berkuasa...

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails