Wednesday, March 27, 2013

Negeri-negeri Pakatan Rakyat akan bubar DUN 22 April ini..


Meskipun ada negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat perlukan gerakkerja yang lebih aktif untuk dikekalkan penguasaannya, namun tindakan ini membuktikan pemimpin Pakatan Rakyat tidak takut untuk kehilangan kuasa sepertimana pemimpin-pemimpin UMNO/BN.

Dan ianya juga membuktikan mereka bukanlah gila untuk kekal berkuasa malah amat takut kehilangannya seperti Najib dan lain-lain pemimpin UMNO yang ada..

Kenapa mereka tidak takut kehilangan kuasa?.. sebabnya mereka bukanlah menggunakan kuasa untuk membina harta...

Negeri-negeri Pakatan Rakyat akan menamatkan segala teka-teki berhubung tarikh pembubaran Parlimen bagi membolehkan Pilihanrayua Umum di adakan dengan menetapkan tarikh 22 April ini bagi membubarkan Dun.

Tindakan ini akan dilakukan sekiranya perdana menteri tidak memgumumkan pembubaran parlimen sebelum tarikh tersebut. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Selangor telah memutuskan untuk membubarkan Dun pada tarikh tersebut.

Manakala negeri-negeri pakatan lain akan dibawa berbincang untuk mencapai kata sepakat berhubung tarikh bersama pembubaran Dun.

‘Pakatan Rakyat tidak mahu berdolak dalik mengenai pembubaran Dun kerana ia mendatangkan kegelisahan kepada rakyat.

“Pembubaran Dun di Negeri Sembilan yang berlaku hari ini secara otomatik tidak di izinkan berlaku di negeri pakatan Rakyat,” kata Abdul Khalid dalam sidang media bersama pimpinan tertinggi Pakatan Rayat di sini.

Menurut beliau yang juga Adun Ijok, penetapan tarikh tersebut untuk memberi tekanan kepada perdana menteri untuk membubarkan parlimen.

Menjawab soalan lain Abdul Khalid berkata penetapan tarikh pembubaran Dun tersebut juga bagi membolehkan SPR membuat keputusan supaya diadakan pilihanraya serentak.

Sebelum ini SPR menjanjikan tidak akan mengadakan pilihanraya berasingan bagi mengelak penggunaan wang rakyat yang banyak.

Selangor akan tamat tempoh matang Dunnya pada 22 April ini. Manakala Kedah 5 Mei, Pulau Pinang 2 Mei dan Kelantan 28 April.

Sidang media tersebut turut di hadiri Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu ~ Selangorku

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails