Saturday, March 23, 2013

Najib tiru idea Anwar lagi!.. Anwar janji nak bagi Permit Teksi, Najib pun bagi Permit Teksi..

Samada etuju atau tidak kita perlu akui bahawa Pemandu Teksi memainkan peranan penting dalam membawa perubahan politik di negara ini kerana merekalah antara kelompok yang paling dekat dengan rakyat.

“Sebaik kita tawan Putrajaya, kita umum harga minyak turun. Dan dalam beberapa minggu, kita umum segera permit untuk setiap pemandu teksi,” kata Anwar Ibrahim.

Oleh kerana Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menjanjikan permit teksi kepada setiap pemandu teksi, beberapa bulan yang lalu, Kerajaan UMNO/BN cuba menawan hati pemandu teksi dengan membuat sogokan empat tayar melalui program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma).

Ia dibuat dengan menyogok baucar bernilai RM520 untuk ditukar dengan empat tayar tetapi pemandu teksi perlu keluar duit poket sendirti jika harga melebihi had yang ditawar.

Bagaimanapun langkah tersebut telah dianggap sebagai hanya menguntungkan kroni mereka sahaja yang terlibat dalam industri melibatkan tayar... dan menjadi bahan tawa ramai Pemandu Teksi.

Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya pemandu teksi mampu menilai tawaran yang lebih baik untuk kehidupan mereka, antara permit dan empat tayar kereta.

“Kalau mahu empat tayar, sokong Umno. Mahu permit teksi, kamu sokong Pakatan Rakyat. Insya-Allah,” kata Ketua Pembangkang itu. Berucap depan lebih 2,000 rakyat dalam satu ceramah di Sabak Bernam.

Anwar menyifatkan sogokan itu hanya taktik Umno BN untuk meraih undi pemandu teksi semata-mata.

“Apa beza dasar kita dengan dia (Umno) untuk bela pemandu teksi. Saya sudah umum berulang kali, siapa ada permit teksi, dia mesti bawa. Kalau tak bawa, kena bagi balik.

“Ada ketua Umno cawangan pegang 250 permit teksi. Bekas menteri ada 30 permit teksi. Ketua Pemuda Umno (bahagian) ada 15 permit teksi. Buat apa ini?

“Perniagaan besar kamu ambil, drebar teksi pun kamu ambil. Lepas itu, laung Hidup Melayu,” sindirnya dan disambut sorakan rakyat. Anwar tidak teragak-agak memanggil semua pemilik permit teksi untuk diserah kepada pemandu apabila Pakatan menang pilihan raya umum ke-13.

“Kita panggil semua tan sri yang pegang banyak permit. Tanya jika mahu permit, mesti bawa teksi tapi boleh satu sahaja. Selebihnya, bagi balik. Tak sanggup bawa, bagi balik kepada drebar teksi.

“Tapi Umno jawab apa? Dia bagi empat tayar. Saya hendak tanya pemandu teksi, kamu nak permit teksi atau empat tayar?” katanya yang disambut sorakan menolak sogokan Umno BN itu lapor Keadilandaily

Menyedari langkah pentadbirannya menyogok baucar bernilai RM520 untuk ditukar dengan empat tayar adalah tidak menepati kehendak sebenar Pemandu Teksi, Perdana Menteri, Najib Tun Razak tanpa segan silu meniru idea Ketua Pembangkang itu....

24 Mac 2013 pada jam 10 pagi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya akan berlangsung Majlis Pemberian Lesen Teksi Individu oleh Perdana Menteri, Najib Tun Razak...


Banyaknya agenda yang akan dibawa oleh Pakatan Rakyat ditiru oleh Najib.. sia-sia saja dihabiskan duit rakyat untuk membayar gaji kumpulan pemikir (think thank) yang ada dalam kerajaan tu...

Kalau semua nak tiru.. biar Pakatan Rakyat menerajui negara sajalah...

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails