Monday, March 11, 2013

Najib akan guna isu Lahad Datu untuk kekal berkuasa?


Sedikit sebanyak jika kita menyaksikan video 'The Silent Riot', kelihatan beberapa persamaan dengan apa yang berlaku di Sabah hari ini..

Ianya adalah sebuah video sejarah yang mengisahkan apa sebenarnya yang telah berlaku di Sabah pada tahun 1986, gara-gara BN kehilangan kuasa di negeri itu..

Video tersebut mendedahkan kerana gila untuk kekal berkuasa.. apa saja sanggup dilakukan oleh pemimpin BN Sabah ketika itu.. hatta membawa masuk pendatang dari Pilipina untuk mencetuskan huru-hara bagi membolehkan darurat diistihar.. sila lihat video tersebut di ( SINI )..

Hari ini pula Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh juga mengaitkan insiden di Sabah dengan kegilaan untuk kekal berkuasa pemimpin BN..

Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh berkata, isu keganasan di Lahad Datu boleh dijadikan sebab bagi Suruhanjaya Pilihan Raya untuk menangguhkan pilihan raya di Sabah.

Ini bermakna, katanya, kerajaan mempunyai strategi untuk terus kekal berkuasa jika keputusan pilihan raya di peringkat parlimen tertangguh.

“Selagi tak selesai isu di Sabah, selagi itu Umno BN ada masa untuk fikirkan strategi kekal di Putrajaya kerana mereka tahu tergantungnya pilihan raya di Sabah bermakna tergantung keputusan di Parlimen,” kata Ahli Parlimen Kuantan itu.

Beliau menyifatkan isu itu boleh dimanipulasi kerajaan yang sedang terdesak dengan pelbagai pembongkaran skandal dan isu pemimpin tertinggi parti itu.

“Saya yakin isu Lahad Datu akan digunakan sebagai modal untuk mengada-adakan perkara yang tidak ada,” kata Fuziah .

Bersimpati dengan nasib anggota polis yang terkorban, Fuziah dalam pada itu mempersoal kelewatan kerajaan bertindak dengan menghantar pasukan tentera bagi menangani krisis di Lahad Datu ~ Keadilan Daily

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails