Saturday, March 16, 2013

Mazidul bertanya "Siapa Sokong Anwar Ibrahim?".. Jawapan diterima memalukan dia..


Mungkin kerana menyangkakan bahawa kebanyakkan anak muda masih nak mengampu Najib dan UMNO seperti dia, Mazidul Akmal Sidik telah bertanya dilaman Face Book miliknya "Siapa Sokong Anwar Ibrahim?".

Hasilnya jawapan yang diterimanya memang mengecewakan dirinya.. dan perkara ini samalah dengan kes Najib tanya 'Are you ready for BN' yang dibalas dengan jawapan 'NOOOOO'.

Dari 925 jawapan yang diberikan dalam laman Face Book miliknya itu, majoriti anak muda menyatakan sokongan mereka terhadap Anwar Ibrahim.

Sila klik pada image untuk paparan lebih jelas..


Paparan imej di atas cuma sebahagian.. kalau korang nak tengok seluruh paparannya sila lihat di Blog PAS Titiwangsa di ( SINI )

Kalau korang nak tolong tambah jumlah yang menyokong Anwar Ibrahim sila ke Facebook Mazidul sendiri di ( SINI ).. itupun kalau dia belum delete la..

Boleh jadi Mazidul tidak tahu bahawa perjuangan rakyat dan Pakatan Rakyat itu sendiri tidak berdiri di atas tubuh Anwar Ibrahim seorang.

Siapapun yang memimpin PR, rakyat sudah bersedia untuk membuat perubahan dan menyimpan Umno dalam muzium sejarah.
 
Mungkin selepas ini SKMM akan menguatkuasakan undang-undang baru buat pengguna-pengguna media baru.. haram bertanya soalan-soalan yang boleh memalukan UMNO/BN. Kah.. kah.. kah...

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails