Friday, March 15, 2013

Lahad Datu: Ini adalah laporan yang tak akan disiarkan oleh Utusan dan TV3..


LAPORAN media Filipina terutamanya Inquirer.net yang mendakwa pasukan keselamatan Malaysia terutamanya polis bertindak kejam terhadap rakyat Filipina di Sabah adalah satu tuduhan yang amat berat dan menjejaskan imej negara.

Dalam laporan itu, beberapa individu ditemubual wartawan Inquirer.net mendakwa pasukan polis ketika melakukan operasi mengesan militan Sulu di kawasan perkampungan di Sandakan bertindak ganas dengan mengarahkan lelaki Filipina berlari sebelum menembak mati mereka.

Malah laporan bertarikh 10 Mac dengan tajuk We’re treated like animals (Kami dilayan seperti binatang) itu jelas berniat jahat kerana hanya mengambil testimoni dari beberapa individu, tanpa kenyataan rasmi pejabat kedutaan Malaysia di Manila.

Laporan itu menyebut seorang wanita, Amira Taradji, 32, Jumaat lalu, melalui detik-detik hitam dalam hidupnya kerana mendakwa adiknya, Jumadil ditembak mati oleh polis.

Inquirer.net turut memuatkan Amira menyebut sebahagian lelaki yang ditahan, walaupun sudah menunjukkan dokumen imigresen, tetap ditembak mati.

Lebih teruk lagi, wanita ini turut mendakwa warga Filipina di pusat tahanan tidak diberikan makanan dan ada antara mereka mati kebuluran.

Memberi respons kepada laporan media Filipina ini, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, laporan itu tidak benar, dan menegaskan ia boleh mengeruhkan hubungan kedua-dua negara.

Katanya, tiada laporan daripada mana-mana pihak di Sabah mengadu pasukan keselamatan bertindak kejam kepada pendatang Filipina.

Laporan di atas telah disiarkan oleh Sinar Harian pada 13 Mac 2013 di ( SINI ) dan laporan oleh Inquirer.net itu sila baca di ( SINI )

Lantaran dari laporannya yang dikatakan berat sebelah itu koresponden dari Inquirer.net dan juga lain-lain media dari Filipina telah tidak di benarkan memasuki Sabah bagi melaporkan situasi terkini di Lahad Datu.

Pengumuman mengenai larangan tersebut telah dibuat oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi..

Bagaimanapun insiden yang sama telah dilaporkan pula oleh sebuah portal berita yang beroperasi di Malaysia iaitu Daily Express.

Laporan portal berita Daily Express menyebut Bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh mendakwa mendapat maklumat bahawa polis menjalankan operasi merampas dan memusnahkan dokumen pengenalan diri yang diberikan kepada masyarakat Suluk di negeri itu.

Harris juga dilaporkan telah mengutus surat kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein agar menghentikan operasi ke atas masyarakat Suluk di Lahad Datu dan Semporna itu.

Daily Express

Dan ianya telah dipetik oleh Malaysiakini..

Bekas ketua menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh mendakwa mendapat maklumat bahawa polis menjalankan operasi merampas dan memusnahkan dokumen pengenalan diri yang diberikan kepada masyarakat Suluk di negeri itu.

Laporan portal berita Daily Express menyebut, Harris mengutus surat kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein agar menghentikan operasi ke atas masyarakat Suluk di Lahad Datu dan Semporna itu.

Menurut laporan itu, Harris mendakwa diminta berbuat demikian oleh beberapa orang pemimpin masyarakat tersebut.

"Pemimpin Suluk ini melaporkan bahawa polis mengambil kad pengenalan, kad pengenalan mereka dan dokumen IMM3 (orang Suluk) dan memusnahkannya.

“Ini tidak wajar bagi pasukan polis Malaysia. Perbuatan ini bertentangan dengan apa jua tamadun yang diketahui, mahupun dari segi agama, undang-undang dan dasar kerajaan Malaysia,” katanya seperti dipetik dalam laporan itu.

Harris dalam laporan itu juga berkata, polis tidak berkuasa untuk memusnahkan apa-apa dokumen kerajaan persekutuan.

“Mereka hanya boleh berbuat demikian selepas mendapat pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara,” katanya lagi.

Tindakan itu juga akan menimbulkan lebih banyak permusuhan di antara orang Suluk dan Sabah, tambahnya.

Kenyataannya itu timbul susulan dakwaan dilaporkan media Filipina mengenai dakwaan pelanggaran hak asasi yang dilakukan pasukan keselamatan Malaysia dalam operasi di pantai timur Sabah.

Portal Inquirer Global Nation pada hari Sabtu lalu yang memetik seorang pemimpin Sulu melaporkan, pasukan keselamatan Malaysia menyerbu kediaman warga berkenaan di Sabah dan memusnahkan dokumen tersebut.

Datuk Bandar Jolo, Sulu itu mendakwa, golongan yang memiliki dokumen yang sah seperti pasport dan dokumen pengenalan juga tidak terkecuali.

"Dokumen ini didakwa dikoyak di hadapan mereka," katanya.

Beliau turut mendakwa, warga berkenaan dipaksa berlari sebelum ditembak.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada hari Selasa lalu dilaporkan menafikan dakwaan berhubung tembakan berkenaan.

Jika benar apa yang dilaporkan itu.. Najib bakal dituduh melanggar hak asasi manusia sepertimana yang dinyatakan oleh Pakar Undang-undang Antarabangsa Harry Roque di ( SINI )

Sekarang laporan mana satu kita nak percaya??

Apa yang dilaporkan oleh media Filipina itu dikatakan berat sebelah tetapi ianya juga telah dilaporkan oleh media Malaysia..

Bagi merungkai segala kekusutan dalam tercari-cari apa yang sebenarnya sedang berlaku di Lahad Datu, apa kata kita beramai-ramai hadir untuk mendengar kenyataan dari seorang saksi dari Lahad Datu yang dibawa khas oleh SAMM dengan kerjasama APS, 18 Mac di Dewan KL SCAH akan datang ini...

3 x 4 15pcs

Kalau nak tahu siapa yang telah mengeluarkan IC kepada pendatang Sulu dari Filipina itu sila lihat pengakuan mengenainya oleh seorang bekas Ahli UMNO di ( SINI )

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails