Sunday, March 3, 2013

Lagi Anggota Polis terkorban di Sabah, menjadikannya lapan hingga kini


LAHAD DATU: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata polis berjaya menyelesaikan kes serangan hendap terhadap anggotanya di Kampung Seri Simunul, Semporna kira-kira jam 7 petang, semalam.

"Pasukan kita berjaya membawa keluar 19 anggota yang berada di kawasan perkampungan itu dan menemui mayat seorang anggota polis menjadikan jumlah keseluruhan anggota kita yang terkorban kepada enam orang.

"Turut ditemui enam mayat yang belum dikenal pasti identitinya tetapi mungkin adalah musuh kita," katanya pada sidang media di sini, malam tadi ~ Berita Harian

Sebelum itu The Malaysian Insider melaporkan..

KUALA LUMPUR, 3 Mac — Tujuh anggota polis terbunuh setakat ini dalam pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan militan dari Filipina yang berlarutan sejak Jumaat lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata pertempuran telah meletus di tiga lokasi, yang mana bermula di Kampung Tanduo, Lahad Datu, satu di kawasan daerah Kunak, dan satu lagi di Sri Jaya Simunul, Semporna.

Situasi di Lahad Datu bagaimanapun jelas Ismail terkawal dan militan penceroboh dari Filipina itu berada dalam kepungan pihak keselamatan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Setakat ini polis telah berjaya menangkap tiga penceroboh yang cuba melepaskan diri dari kepungan polis di Kampung Tanduo,” katanya.

Sementara itu, insiden di daerah Kunak berlaku apabila pasukan keselamatan menerima maklumat terdapat satu pendaratan penceroboh di antara Kg Lormalong dan Kg Dasar Lama, dan disyaki 10 pencveroboh dengan tiga daripadanya bersenjata bersembunyi di dalam sebuah rumah.

“VAT 69 telah dihantar untuk ‘ground assesment’ dan bertindak,” kata Ismail.

Kejadian ketiga pula berlaku semalam, apabila sepasukan anggota polis telah diserang hendap oleh suspek dengan menggunakan senjatapi sewaktu mereka membuat serbuan di kampung Sri Jaya Simunul, Semporna.

Serbuan tersebut jelas Ismail telah dijalankan berikutan maklumat diterima di mana penjenayah ini dipercayai berada dikawasan tersebut dan mempunyai senjatapi.

Dalam serbuan itu, dipercayai lima pegawai/anggota polis terkorban manakala dipihak penceroboh dua terkorban.

“Berikutan insiden ini pihak polis juga telah mengepung kawasan sekitar di mana penceroboh ini bersembunyi.

“Butir-butir lengkap pegawai/anggota polis yang terkorban belum dapat didedahkan buat masa ini bagi menghormati keluarga mangsa,” katanya lagi.

Jumlah kematian yang direkodkan setakat ini adalah 19 orang, termasuk tujuh anggota polis dan 12 militan sejak pertempuran bermula pagi Jumaat lalu.

Ismail bagaimanapun turut berkata pihak berkuasa masih lagi belum mengeluarkan sebarang perintah berkurung di Sabah.

“Setakat ini tidak ada perintah berkurung diistiharkan di mana-mana daerah di Negeri Sabah.”

Beliau turut menasihati orang ramai agar tidak merasa cemas dan panik serta jangan mendengar khabar angin dan berita yang tidak berasas sebaliknya melayari Facebook PDRM Sabah atau menghubungi balai polis berhampiran ~ The Malaysian Insider

Dari agenda politik kini telah bertukar menjadi agenda keselamatan negara...

Implikasi dari memberikan IC segera kepada PATI terserlah kini.. tak perlu dinafikan lagi.. demi untuk mengekalkan kuasa ditangan mereka, mereka tidak memikirkan akan musibah yang bakal dihadapi oleh rakyat Sabah dan juga anggota keselamatan negara.

Rakyat Sabah menderita, anggota pasukan keselamatan pula kehilangan nyawa..

Mereka bukan sahaj mengkhianati negara dengan memberikan IC secara percuma kepada PATI bahkan kini menyebabkan keselamatan negara terancam..

Wajarkan Kerajaan yang ada di kekalkan??.. fikir-fikirkanlah...

Apa kata bekas Ketua Polis Negara..


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails