Monday, March 11, 2013

Tengok gambar ni.. Korang agak Rosmah Mansor jealous tak ni?

Mula mula berita penting.. Lawatan sulung Perdana Menteri Thailand Yingluck Shinawatra ke Malaysia mampu memperkukuhkan lagi hubungan erat sedia ada antara kedua-dua negara yang berjiran, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata lawatan singkat Yingluck pada Isnin menggariskan hubungan erat antara kedua-dua negara dan rakyatnya.

“Thailand dan Malaysia sentiasa menjadi lebih daripada sekadar jiran yang baik dan pertemuan hari ini merupakan satu langkah penting dalam proses mengeratkan lagi hubungan sedia ada.

“Jika kedua-dua negara terus maju pada tahun akan datang, adalah penting bagi kita bukan sahaja mengekalkan hubungan sedia ada malah meneroka kemungkinan bekerjasama dalam bidang lain selain memperluaskan lagi skop hubungan sedia ada,” katanya pada majlis makan malam sempena lawatan Yingluck di Seri Perdana pada Isnin.

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor. Najib berkata hubungan perdagangan dua hala dan pelaburan antara Malaysia dan Thailand semakin meningkat.

“Ini adalah menggalakkan dan satu tanda keyakinan bahawa sektor swasta Malaysia mempunyai rakan sejawatan dari Thailand, kita tidak harus menganggap tidak ada apa-apa yang boleh dilakukan lagi.

“Walaupun tanpa cabaran global ketika ini, ia merupakan satu langkah positif untuk meningkatkan lagi perdagangan intra-Asean.

“Memandangkan ekonomi utama barat terus berdepan dengan masalah dan pasaran eksport seberang laut tradisi semakin mengecil, langkah sedemikian dilihat penting bagi kedua-dua negara,” katanya.

Dalam ucapannya, Yingluck berkata lawatannya ke Malaysia membuahkan hasil, terutama dalam mempertingkat hubungan dua hala dan kerjasama serantau.

“Adalah menjadi harapan saya agar kerjasama dua hala kita menerusi Suruhanjaya Bersama (JC) bagi Kerjasama Bilateral akan terus berkembang demi faedah bersama ~ Bernama

Ini adalah beberapa keping gambar yang memaparkan Najib dan PM Thailand Yingluck Shinawatra sedang berjoget ketika lawatan itu.. aku jumpa dalam sebuah forum dari Thailand...

Korang agak Rosmah Mansor jealous tak?




Berdasarkan gambar yang terakhir.. pada pendapat anda adakah Rosmah Mansor jealous atau tidak?.. jika beliau jealous apa agaknya yang difikirkannya?


Nanti adalah macai UMNO yang akan kata aku dah tak ada isu nak dibawa.. Blog aku sedara.. ikut suka aku la...

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails