Friday, March 1, 2013

Kematian ''Zaidi Buluh Perindu'': Ini apa yang tidak disiarkan oleh Media tunggangan UMNO..

Semalam BERNAMA telah melaporkan.. Penyanyi lagu-lagu dikir barat terkenal Kelantan, Zaidi Mohamad, 46, yang lebih dikenali sebagai ''Zaidi Buluh Perindu'', meninggal dunia di Hospital Tumpat akibat serangan jantung, di sini hari ini (28 Feb).

Zaidi jatuh dan pengsan ketika membuat persembahan dikir barat untuk menyambut ketibaan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar di Kompleks Perikanan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Geting, di sini, pada 10.35 pagi dan disahkan meninggal dunia di hospital itu pada 11 pagi.

Allahyarham yang menetap di Kampung Bunut Sarang Burung, di sini, meninggalkan seorang isteri, Zaharina Mohamad, 47, dan tujuh anak berusia antara 11 hingga 28 tahun.

Allahyarham turut merakamkan lebih 100 album sejak berkecimpung dalam dunia dikir barat sejak 20 tahun lepas, dan mula terkenal selepas lagu dikir barat bertajuk ''Juwita'' mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk negeri ini.

Zaharina ketika ditemui di rumahnya berkata beliau reda dengan pemergian suaminya namun terkilan kerana hajat Zaidi untuk menunaikan umrah pada April ini tidak tercapai.

"Pagi ini arwah sempat bersarapan sebelum turun membuat persembahan dikir barat di Kompleks LKIM itu. Saya tidak syak apa-apa sehinggalah menerima panggilan mengatakan arwah meninggal dunia," katanya.

Sementara itu, Noh turut meluangkan masa melawat keluarga Zaidi selepas selesai merasmikan Restoran Sri Nelayan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Tumpat serta menyampaikan elaun sara hidup tunai Parlimen Tumpat dan Pengkalan Chepa di LKIM Geting di sini.

Turut hadir Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Kubor Datuk Noor Zahidi Omar, Naib Ketua Umno Bahagian Tumpat Wan Hanapi Wan Yaakob dan Pengarah LKIM Kelantan Wan Mohd Adnan Wan Ibrahim.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bunut Sarang Burung selepas solat Asar.

Apa yang Bernama tidak laporkan ialah  TG Nik Aziz telah mengimamkan solat jenazah arwah Zaidi Mohamad..

Dan apa yang Bernama tidak akan siarkan ialah gambar ini...


Bagaimanapun... Al-Fatiah buat Allahyarham....

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails