Wednesday, March 27, 2013

Demo lagi didepan Pejabat PKR hari ini.. (Video Inside)


Kalau korang perhatikan video diakhir laporan ini korang akan melihat majoriti yang turut serta demo ini ialah remaja yang dipercayai masih bersekolah..

Mungkin mereka mengisi masa lapang sempena cuti Sekolah ini dengan mengambil upah menyertai demo ini agaknya...

Ini laporan berkaitan dipetik dari Malaysiakini..

Sekumpulan anggota beberapa NGO pro-Umno hari ini berhimpun secara aman di hadapan ibu pejabat PKR menuntut supaya Naib Presidennya Tian Chua memohon maaf susulan dakwaan beliau menyatakan insiden di Lahad Datu adalah "sandiwara Umno".

Bahkan kumpulan itu juga mendesak ahli parlimen Batu itu memohon maaf kepada balu anggota keselamatan yang terbunuh dalam insiden tersebut.

Perhimpunan yang diketuai Timbalan Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Omar Salleh berlangsung dengan aman.

Ini adalah kali kedua kumpulan pro-Umno mengadakan demo di ibupejabat PKR, bagi menuntut Tian Chua memohon maaf.

Dalam demo pada 11 Mac lalu, ada di kalangan pesertanya yang membaling telur dan kayu ke arah ibupejabat PKR.

Hari ini, kira-kira 25 anggota pelbagai NGO hadir menyertai demo tersebut, sambil membawa kain rentang yang mengutuk Tian Chua.

Mereka berarak dari sebuah restoran yang terletak kira-kira 75 meter dari ibu pejabat PKR itu dan kemudiannya melaungkan "Hancur PKR", "Runtuh PKR", "Hancur Tian Chua".

Mereka kemudiannya berhimpun selama lima minit mulai jam 3.45 petang, sebelum beberapa anggota polis mengarahkan mereka bersurai serta membuat sekatan dengan menggunakan kereta peronda.

Sebuah trak polis yang membawa lapan anggota pasukan anti-rusuhan tiba sewaktu kumpulan itu sedang beredar dari situ.
Dan ini adalah video demo tersebut dari Malaysia Chronicle..



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails