Thursday, March 21, 2013

Bengang disaman RM100Juta, Papa Gomo sebar video 'Anwar liwat Mahasiswa' pulak dah... Ini videonya..


Ini merupakan pendedahan rakaman kedua yang cuba mengaitkan Anwar dengan skandal salah laku dalam tempoh seminggu selepas beberapa gambar sepasang lelaki berpelukan yang didedahkan dalam blog rajagoyang360 Sabtu lalu.

Tindakan menyiarkan video terbabit juga dikatakan selepas Papa Gomo mendakwa Anwar tersalah memfitnah dirinya sebagai pemilik blog Raja Goyang dan enggan menarik balik saman RM100 juta.

“Saman RM100 juta yang difailkan Anwar Ibrahim memberikan satu peluang besar buat Papa Gomo untuk mendedahkan lebih banyak kegiatan jijik Anwar serta membawa saksi saksi lain dalam perbicaraan ini termasuk Shazryl Eskay Abdullah, China Doll, dua orang mahasiswa yang diliwat, Zulkifli Nordin, bekas pengasas KEADILAN, Ng Lum Yum, Zahid Mat Arip, S Nallakaruppan, N Gobalakrishnan dan seorang pemimpin kanan PAS,” katanya dalam blog beliau.

Anwar melalui peguam N Surendran pagi tadi memfailkan saman RM100 juta terhadap Papa Gomo di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas gagal menarik balik tuduhannya dalam tempoh 48 jam.

Sementara itu penulis blog (Papa Gomo) mendakwa, beliau telah menemui mahasiswa tersebut pada Februari lalu dan telah mengaku melakukan perbuatan suka sama suka.

Beliau turut mengaku bertanggungjawab sepenuhnya dengan pendedahan skandal terbabit tanpa bantuan mana-mana pihak dalam kerajaan termasuk pemimpin Umno.

“Gomo nak tegaskan di sini kepada semua. Ianya bukan soal wang kerana walaupun RM10 juta atau RM1 billion Anwar cuba tawarkan hakikatnya apa yang dilakukan Gomo adalah untuk rakyat agama, bangsa dan negara.

“Gomo bukan pemimpin politik atau berjawatan besar tetapi Gomo mewakili jutaan rakyat Malaysia yang mahukan kebenaran dalam memilih pemimpin yang benar dan bukannya jijik,” katanya. Bagaimanapun, klip video tersebut tidak menunjukkan wajah mahasiswa yang dimaksudkan, menyebabkan ia layak dibakul sampahkan selain fitnah tanpa menyertakan bukti kukuh ~ Jalan Pulang

Ini videonya..

  

Cuba korang ulang balik pada part Anwar kata "Daripada rumah I la" dan cuba cakap sendiri dan tengok gerak mulut Anwar, perkataan tu kalau nak disebut memerlukan kita tutup mulut dua kali, iaitu "daripada" dan "rumah", tapi anwar tutup mulut sekali saja...

Kemudia dengar betul-betul pada 0:49 "Apa bende ni semua" ... "tapi kadang kadang, walaupun akhirnya .... tweet banyak masuk tau" ...

Kah..kah.. kah.. siapa tulis skrip ni Gomo woiii?

Orang penang tak cakap macam tu la.. agak-agak le nak buat dubbing suara pun...

Kononnya kata PapaGomo "Ianya bukan soal wang kerana walaupun RM10 juta atau RM1 billion Anwar cuba tawarkan hakikatnya apa yang dilakukan Gomo adalah untuk rakyat agama, bangsa dan negara."

Tapi rasuah RM400 pun dia kedarah.. kah.. kah.. kah..

Tengok ni..


Data tersebut antara lain memuatkan maklumat bahawa Muhammad Azri yang ketika itu berkhidmat sebagai anggota polis trafik berpangkat koperal, pernah dituduh dengan dua pertuduhan di mahkamah atas kesalahan melakukan rasuah pada 2004 lalu.

Pertuduhan Pertama:

Bahawa kamu pada 29.11.2004, di antara jam 1.00 petang dan 3.00 petang, di Pandan Indah, di dalam Daerah Ampang, dalam Negeri Selangor, sebagai ejen kerajaan Malaysia iaitu anggota Polis Trafik yang bertugas di Balai Polis Trafik Ampang, telah secara rasuah telah meminta suatu suapan untuk diri kamu iaitu wang tunai RM1000.00 daripada seorang yang bernama Mohd Rahyudi bin Mokhtar sebagai dorongan bagi melakukan suatu perbuatan berhubung dengan hal ehwal prinsipal kamu iaitu tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Mohd Rahyudi bin Mokhtar yang dikatakan memiliki jarum suntikan untuk menagih dadah dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang di bawah seksyen 10(a)(bb) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) dan boleh dihukum di bawah seksyen 16 Akta yang sama.

Pertuduhan Kedua:

Bahawa kamu pada 30.11.2004, di antara jam 11.40 pgai di lorong tidak bernama di belakang sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ampang, di dalam Daerah Ampang, dalam Negeri Selangor, sebagai ejen kerajaan Malaysia iaitu anggota Polis Trafik yang bertugas di Balai Polis Trafik Ampang, telah secara rasuah telah menyetuju-terima suatu suapan untuk diri kamu iaitu wang tunai RM400.00 daripada seorang yang bernama Mohd Rahyudi bin Mokhtar sebagai dorongan bagi melakukan suatu perbuatan berhubung dengan hal ehwal prinsipal kamu iaitu tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Mohd Rahyudi bin Mokhtar yang dikatakan memiliki jarum suntikan untuk menagih dadah dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang di bawah seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) dan boleh dihukum di bawah seksyen 16 Akta yang sama. "

Hukuman :

"Keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Pertuduhan pertama: Penjara 5 bulan dan denda RM10,000 (tidak bayar, penjara 8 bulan) Pertuduhan kedua: Penjara 5 bulan dan denda RM10,000 (tidak bayar, denda 8 bulan). Hukuman penjara berjalan berasingan. Keputusan Mahkamah Tinggi: Mahkamah telah menolak rayuan Perayu terhadap sabitan. Keputusan Hakim Mahkamah Sesyen dikekalkan. Mahkamah Rayuan: Rayuan OKT ditolak. Mahkamah telah mengurangkan hukuman penjara dari 5 bulan kepada 14 hari dan denda RM10,000.00 id 8 bulan penjara adalah dikekalkan bagi kedua-dua pertuduhan. Hukuman penjara adalah berjalan secara serentak"

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails