Monday, February 18, 2013

Zul Noordin terpaksa sediakan cabutan bertuah untuk ramaikan orang ke ceramahnya..

Meskipun menampilkan pemidato-pemidato yang handal dalam memburukkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.. ceramah anjuran UMNO seringkali menemui kegagalan.

Biasanya lebih banyak kerusi dari orang yang mendengar ceramah anjuran UMNO itu, hingga memperlihatkan kepada awam seolah-olah pemidato jemputan mereka sedang bercakap dengan kerusi.

Namun begitu dalam ceramah atau debat rakyat yang menyaksikan Ezam Md Nor berdebat dengan dirinya sendiri baru-baru ini.. sila lihat di ( SINI )

Pendekatan baru telah digunapakai oleh macai yang menganjurkan debat rakyat tersebut, dimana kerusi disimpan di dalam lori dan hanya diberikan kepada yang hadir menyaksikan debat tersebut..

Oleh kerana semakin terdesak untuk membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa UMNO/BN masih dipercayai dan disokong ramai rakyat, ini telah menjadikan macai-macai UMNO semakin kreatif.

Jika dulu hadiah cabutan bertuah biasanya diadakan di majlis makan malam tetapi kini untuk meramaikan hadirin UMNO terpaksa mengadakan cabutan bertuah dalam ceramah anjurannya.

Berbagai hadiah disediakan dalam ceramah isu semasa yang menampilkan Zulkifli Noordin ini..


Kesian kat dia....

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails