Thursday, February 14, 2013

'Yes for Psy, No for BN..' Ini komen Anwar Ibrahim


Semasa di perjumpaan dengan masyarakat Cina setempat di Lengkok Tenggiri, Seberang Jaya sempena Sambutan Tahun Baru Cina Ahad lalu, DS Anwar memberikan komen ringkas mengenai insiden memalukan yang telah menimpa Najib itu..

Katanya " Saya ni orang Politik.. Najib pun orang politik jugak.."

"Bila orang ramai dah kata 'NO' bila dia tanya tu.. ubahlah topik.. yang dia gatai nak pi tanya lagi sapa suruh??.. kan dah malu.."

"Siapa yang advise dia buat macam tu, tak tau lah.. kurang cerdik sungguh"


Presiden Parti Keadilan Rakyat, DS Wan Azizah turut hadir dalam perjumpaan tersebut yang pada awalnya telah muncul beberapa individu dari UMNO untuk menghalang perjumpaan diadakan di kawasan Tokong Cina di situ.

Kerana menurut mereka Tokong tersebut dijaga oleh ADUN Seberang Jaya, Ariff Shah Omar Shah dari UMNO.. (ADUN sepetutnya jaga rakyat YB... bukan jaga Tokong..)

Kemunculan ADUN Seberang Jaya sendiri telah meredakan keadaan.. pandai YB berlakon.. dia hantar orang suruh buat kacau lepas tu dia sendiri datang redakan keadaan..


Seramai kira-kira 200 orang dari masyarakat Cina setempat telah hadir kemajlis santai tersebut..

Dan ini pula laporan dari Keadilandaily tentang ceramah di Batu Uban pada sebelah malamnya..

Perdana Menteri patut berasa malu apabila rakyat Pulau Pinang terang-terangan menolak kepimpinannya depan matanya sendiri, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Patutnya Datuk Seri Najib (Razak) malu apabila rakyat negeri ini bukan saja berani tetapi bijak untuk menyambut kehadiran Perdana Menteri dengan kejutan yang tidak pernah dijangka,” katanya.

Beliau merujuk kejadian penonton konsert Gangnam Style yang menyatakan ‘No’ sebanyak tiga kali apabila Najib bertanya ‘Are You Ready For BN’ pada sambutan Tahun Baru Cina di Kolej Han Chiang di sini, baru-baru ini.

“Jawapan ‘No’membuktikan rakyat bijak menyatakan pendirian mereka.Bukannya di belakang tapi di hadapan Perdana Menteri,” katanya.

Anwar berkata, Najib harus menyedari penolakan rakyat Pulau Pinang terhadap kepimpinan Umno BN, bakal menjadi realiti yang berulang pada PRU 13.

Bukan saja Najib, kata Anwar, seluruh kepimpinan Umno BN cemas dengan jawapan berani yang ditunjukkan rakyat Pulau Pinang secara terbuka itu.


Kehadiran Anwar pada Siri Jelajah Merdeka Rakyat di Padang Awam Seri Nibong, Taman Nipah, Batu Uban disambutan lebih 2,000 rakyat yang tidak berganjak walaupun hujan.

Semangat itu membuktikan rakyat Pulau Pinang mahukan pembaharuan di peringkat persekutuan, bukan semata-mata menerajui beberapa negeri termasuk Pulau Pinang. ~ Keadilandaily

Komen Anwar tentang insiden Psy memalukan Najib dan Rosmah tak ada lagi.. Sila lihat video insiden Psy memalukan Najib dan Rosmah itu di ( SINI )

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails