Saturday, February 16, 2013

Video Samseng UMNO serang Mahasiswa di Pekan tersebar!! Saksikan!


Amat menghairankan, ketika kebanyakan macai-macai UMNO/BN mendakwa bahawa UMNO/BN masih kuat dan akan kekal berkuasa selepas PRU13 nanti.. macai-macai UMNO di Pekan, Pahang takut kepada gerakan yang dijalankan sekumpulan Mahasiswa.

Ketakutan mereka terhadap terhadap gerakan tersebut semalam telah diterjemahkan melalui perbuatan tidak bertamaddun mereka..

Semalam mahasiswa yang menamakan kumpulan mereka ‘Gerakan Mahasiswa 13’ itu menghadapi kemuncak dugaan berhadapan samseng-samseng Umno apabila dikepung, diserang, dicederakan dan diusir pulang ke Kuala Lumpur serta merta.

Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, semua tindakan itu mencerminkan ketakutan Umno khususnya di kawasan Perdana Menteri bagi menghadapi kebangkitan rakyat untuk menolak BN.

“Tindakan terdesak ini tunjukkan kepada kita melalui penolakan secara paksa, kalau di Pulau Pinang secara perkataan jelas. Di Pekan walau tidak ada perkatan ‘no’ tetapi tindakan samseng-samseng itu merupakan bantahan secara senyap oleh orang Pekan, sebab itu Umno tak bagi maklumat disebarkan, dia takut maklumat sampai kepada rakyat.

“PAS hairan kenapa takut sangat sedangkan media elektronik setiap saat berkempen untuk Umno BN. Walaupun penambahan undi luar biasa iaitu menjangkau 18,000 pengundi baru di Pekan termasuk warga Myanmar, Kemboja, kem tentera dan Orang Asli.

“Tetapi pelik, dengan budak-budak pelajar 30 orang pun Umno rasa terancam dan cemas sangat,” katanya.

Saksikan!!


Video ihsan webtvpaspekan.blogspot.com

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails