Thursday, February 28, 2013

Video rakaman 'Siapa Arah Bunuh Altantuya?' kini tersebar!! Saksikan!!


Sebelum itu.. pihak Radio Bangsar memohon maaf kepada semua pendengar-pendengar yang mengikuti siaran langsung mereka semalam, kerana terdapat gangguan teknikal yang menyebabkan siaran terputus-putus.

Menurut Hishamuddin Rais, Radio Bangsar mengalami kesesakan traffik yang luar biasa dan ianya bermula ketika P.I. Bala menaiki pentas.

Jumlah pendengar yang direkodkan oleh mereka ialah melebihi 60,000 orang pendengar ketika itu.. bukti sila lihat di ( SINI )

Siaran ulangan akan disiarkan pada jam 1.00 tengahari dan juga 9.00 malam ini..

Selain dari gangguan teknikal pada sebelah petangnya sebelum program bermula, beberapa orang petugas Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) telah ditahan dan dibawa ke balai Polis untuk menjalani ujian air kencing.

"Tak tahu apa kesalahan mereka.. samada mereka penagih dadah atau pengedar dadah.. hanya mereka yang tahu" kata Chegu Bard.

Bagaimanapun ianya dipercayai sebagai cubaan untuk menakut-nakutkan penganjur dan juga orang ramai..

Berikut adalah rakaman video program tersebut yang telah dilakukan oleh Pihak Free Malaysia Today..

Video-video ini didedikasikan buat beberapa orang Datuk-datuk dari UMNO yang call aku tengah malam semalam meminta aku cari sampai dapat...

SAKSIKAN Siapa arah bunuh Altantuya!!





Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails