Wednesday, February 27, 2013

UMNO sapu rumah PPRT untuk dijadikan Bilik Gerakan mereka..


Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk memiliki rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

Harga pembiayaan di bawah akan diberikan subsidi sebanyak satu pertiga (1/3) daripada kos pembiayaan oleh Kerajaan sementara dua per tiga (2/3) lagi adalah pinjaman tanpa faedah yang berlandaskan konsep Qadr ul – Hassan.

Pemohon mestilah arganegara Malaysia, berumur 18 hingga 65 tahun, berpendapatan kasar seisi rumah tidak melebihi RM1,500 sebulan, tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang serta tidak sempurna. Mempunyai tanah atau tapak yang bersesuaian. Berkahwin atau, ibu / bapa tunggal yang mempunyai tanggungan.

Saya senaraikan syarat-syarat di atas ini yang dipetik dari sebuah laman web pihak berwajib yang menguruskan program PPRT ini dengan cuba meneliti dan mendalami kalau-kalau ada di antara syarat-syarat tersebut yang memenuhi kelayakan untuk ianya diduduki BN sebagai markas pilihanraya. Malangnya saya tidak menemuinya.

Nak kata BN berpendapatan rendah, mustahil! Nak kata BN tidak mempunyai rumah atau mendiami rumah usang, lagi mustahil! Nak kata BN berpendapatan kasar dibawah RM1,500 sebulan, ish! Tak mungkin! Nak kata.... Nak kata... Masih tidak ku temui jawapannya.

Walaupun begitu Umno Jabi telah menjadikan sebuah rumah PPRT di Dun Jabi sebagai rumah BN (baca markas BN). Ini adalah salah guna program bantuan yang sepatutnya diterima oleh mereka yang benar-benar memerlukannya. Sebelum ini kita biasa mendengar rumah PPRT yang didirikan kemudian dijadikan rumah sewa oleh tuan rumah yang sememangnya telah sedia memiliki kediaman selesa. Tapi kenapa masih layak memohon?

Bantuan atau sumbangan yang disasarkan untuk orang ramai yang memerlukan tetapi natijahnya berlegar di kalangan kroni adalah sifir cara Umno bekerja. Sebab itulah Mat said sendiri pernah merungut apabila kurma dan air zam-zam sumbangan Ramadhan berlonggok di rumah Pengerusi JKKK merangkap ketua cawangan Umno sekaligus mengagalkan cita-cita Mat said untuk melihat botol air zam-zam yang terpampang wajahnya sampai ke setiap pintu rumah rakyat Terengganu. Kesian...

Umno adalah Umno dulu, kini dan selamanya. Ada juga masyarakat sekitar yang menyindir... PRU belum lagi, tak kan dah bersiap nak kalah sampai kena belajar bertatih duduk di rumah PPRT.


Dr Azman Ibrahim
Pengarah Majlis Tindakan DUN Jabi
Anggota Perhubungan PAS Negeri Terengganu

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails