Tuesday, February 19, 2013

Tak cukup dengan Mahathir, filem 'Tanda Putera' .. UMNO juga edar risalah perbodohkan Melayu di Felda..

Semalam Malaysiakini telah melaporkan Felda telah menganjurkan tayangan filem propaganda UMNO 'Tanda Putera' kepada kira-kira 3,000 orang peneroka tanah rancangan itu selepas satu majlis khas bersama bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Program tayangan khas itu diumumkan oleh timbalan menteri yang bertanggungjawab ke atas Felda Datuk Ahmad Maslan dalam ucapannya terdahulu, di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Beliau juga mengumumkan bahawa acara yang tidak disenaraikan dalam buku program itu diadakan untuk warga Felda atas permintaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri.

Tayangan tersebut diadakan bermula jam 1 tengah hari selepas sesi ucapan pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dan juga ucapan Mahathir di program 'Warga Felda Bersama Negarawan Ulung Tun Mahathir Mohamad' itu.

Filem itu mengisahkan peranan bekas Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein dan Timbalannya Tun Dr Ismail Abdul Rahman memulihkan negara selepas rusuhan kaum 13 Mei 1969.

Sebelum itu Mahathir dilaporkan telah melabel para Peneroka yang menentang Kerajaan sebagai 'haiwan' bila berkata "Kita manusia tak buat macam itu, haiwan lainlah,"..

Beliau juga turut menyeru warga Felda agar membalas budi pihak yang memberi nikmat kepada mereka dengan mengundi kerajaan BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Jasa atau tanggungjawab kerajaan?

Sebenarnya sebelum majlis 'Warga Felda Bersama Negarawan Ulung Tun Mahathir Mohamad' yang mana Mahathir cuba memperbodohkan warga Felda itu berlangsung, UMNO dilaporkan telah mengedarkan risalah 'Memperbodohkan Melayu' di kebanyakan Felda di pantai timur...

Menurut seorang sahabat yang mengirimkan risalah ini melalui e-mail beliau memperolehinya ketika pulang bercuti ketika perayaan Tahun Baru Cina yang lalu..

Dari apa yang tercetak pada risalah ini.. jelas ianya hanya memperbodohkan Melayu yang kurang mahir dalam mencari berita alternatif di internet..

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails