Friday, February 8, 2013

PANAS!! Video Mesyuarat bagi ganggu ceramah Mazlan Aliman tersebar!!.. Saksikan apa perancangan mereka..


Pada 4 Februari yang lalu program ceramah oleh Pengerusia ANAK, Saudara Mazlan Aliman di Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor dilaporkan telah diganggu oleh sekumpulan samseng-samseng upahan dipercayai dari UMNO, PERKASA dan juga MIC.

Tindakan yang tidak demokratik itu telah menyebabkan program tersebut terpaksa dibatalkan atas faktor-faktor keselamatan.

Menurut saudara Mazlan ketika baru memberi salam, tiba-tiba hampir 200 orang yang dimaklumkan kebanyakkannya orang luar cuba menyerbu masuk membuat kecoh.

Mereka baling botol air, kerusi dan menjerit-jerit mahu beliau keluar dari tapak ceramah.

Rakaman video di bawah adalah rakaman mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengurus Felda Sg Tengi yang dihadiri oleh Perkasa, UMNO, Seranta, Majlis Belia Felda dan lain-lain.

Agendanya ialah untuk menghalang Mazlan Aliman dan ANAK hanya semata2 ANAK kononnya pertubuhan haram.

Antara lain, pengerusi mesyuarat tersebut menyebut, "Jika Mazlan terlepas masuk, kita ikut arahan polis supaya kita buat huru-hara".

Beliau turut menyebut arahan tersebut adalah dari pegawai polis daerah Kuala Kubu Baru.

Bagaimanapun kata pengerusi mesyuarat tersebut, sebolehnya jangan berlaku pergaduhan.

Dalam pada itu maklumat yang turut dinyatakan di Youtube itu mendakwa antara yang terlibat dalam sekatan tersebut termasuk pengurusan Felda Sungai Tengi, peneroka, Perkasa dan beberapa lagi NGO dari luar yang turut diminta membantu mereka.

Mesyuarat kumpulan samseng ini akan di serah kepada Peguam ANAK untuk tindakan undang-undang...

Saksikan apa perancangan mereka...



Sebagaimana yang dijangkakan.. video ini pasti tidak akan bertahan lama di YouTube, kerana ianya menyusahkan macai-macai UMNO yang terlibat itu.. oleh itu sila lihat di ( SINI )

>

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails